Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Itali syor hanya warga 60 tahun ke atas guna vaksin AstraZeneca

Pemerintah Itali mengesyorkan penggunaan vaksin AstraZeneca hanya bagi warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Anggaran Waktu Membaca:
Itali syor hanya warga 60 tahun ke atas guna vaksin AstraZeneca

Gambar: AFP

Diterbitkan : 12 Jun 2021 02:54PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 02:56PM

ROME: Pemerintah Itali mengesyorkan penggunaan vaksin AstraZeneca hanya bagi warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Manakala itu, mereka yang berusia bawah 60 tahun yang sudah mendapatkan suntikan pertama AstraZeneca, perlu mendapatkan vaksin Pfzier-BioNTech atau Moderna untuk suntikan kedua.

Demikian diumumkan oleh pemerintah negara itu selepas kajian semula dilakukan berhubung data berlaku pembekuan darah dalam kalangan mereka yang menerima vaksin AstraZeneca.

Pada 25 Mei, seorang remaja 18 tahun meninggal dunia akibat pembekuan darah selepas diberi suntikan vaksin tersebut.

Menurut Penyelaras Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik CTS, Profesor Franco Locatelli, jawatankuasa tersebut bersama Agensi Perubatan Itali menggangap penggunaan vaksin AstraZeneca perlu dinilai semula berdasarkan perubahan senario dari segi epidemiologi.

Katanya lagi, ini termasuk kaitan antara vaksinasi dan risiko lain seperti tahap trombosis iaitu pembekuan darah, yang berubah berdasarkan kumpulan usia yang divaksin.

Antara negara yang mengambil keputusan sama termasuk Perancis dan Kanada.

Perkara tersebut diumumkan selepas Menteri Kesihatan Itali mengumumkan kadar kebolehjangkitan di negara itu adalah antara yang terendah dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan