Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu perkahwinan bawah umur antara tumpuan Dewan Rakyat M'sia hari ini

Isu berhubung usaha membanteras perkahwinan bawah umur dalam negara menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat Malaysia hari ini (2 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Isu perkahwinan bawah umur antara tumpuan Dewan Rakyat M'sia hari ini

(Gambar hiasan: marla66/Pixabay)

Diterbitkan : 02 Dec 2021 11:59AM Dikemas Kini : 02 Dec 2021 12:01PM

KUALA LUMPUR: Isu berhubung usaha membanteras perkahwinan bawah umur dalam negara menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat Malaysia hari ini (2 Dis).

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu akan dikemukakan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) kepada Kementerian Belia dan Sukan pada Waktu Pertanyaan Menteri.

Pada sesi itu juga, Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) akan membangkitkan persoalan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengenai kaedah mengawal dan menguruskan trend perubahan harga bekalan baja dan racun yang naik mendadak, serta inisiatif khas untuk menaikkan pendapatan petani dan peladang bagi menampung kenaikan harga kos bekalan sumber-sumber yang diperlukan bagi pertanian.

Persidangan akan diteruskan dengan sesi soal jawab dan antara tumpuan adalah soalan daripada Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) kepada Kementerian Kesihatan mengenai sama ada doktor pakar bukan klinikal dengan kelayakan ikhtisas diberi layanan sama rata dengan doktor pakar klinikal dari segi penjawatan, penggajian, kenaikan pangkat dan sebagainya.

Selain itu Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) meminta penjelasan Kementerian Sumber Manusia mengenai langkah bagi mengatasi masalah isu p-hailing yang tiada perlindungan keselamatan sosial, gaji tetap, pengiktirafan sebagai pekerja dan perlindungan di bawah Akta Kerja 1955.

Selepas sesi itu, Dewan Rakyat akan diteruskan dengan sambungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Semalam (1 Dis), Dewan Rakyat meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.53 bilion (S$493.32 juta) kepada Kementerian Pengangkutan dan sebanyak RM520.3 juta (S$168.12 juta) kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam Bajet 2022.

Dewan Rakyat bersidang hingga 16 Disember ini.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan