Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu pembunuhan Khashoggi: Hubungan M'sia-Arab Saudi kekal kukuh

Hubungan dua hala antara Malaysia dengan Arab Saudi kekal kukuh walaupun masyarakat antarabangsa memberi tekanan terhadap Riyadh menyusuli pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu pembunuhan Khashoggi: Hubungan M'sia-Arab Saudi kekal kukuh

Gambar fail Jamal Khashoggi. (Gambar: Metafora Production/menerusi AP)

Diterbitkan : 22 Oct 2018 07:16AM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 07:20AM

PUTRAJAYA: Hubungan dua hala antara Malaysia dengan Arab Saudi kekal kukuh walaupun masyarakat antarabangsa memberi tekanan terhadap Riyadh menyusuli pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah berkata Malaysia tidak campur tangan dalam isu itu dan beliau percaya Arab Saudi mampu menghuraikannya.

"Ketika ramai rakyat kita terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, Malaysia kekal dengan pendirian untuk melihat hasil siasatan penuh.

Dalam semangat yang sama, oleh kerana siasatan (terhadap kematian Khashoggi) sudah dimulakan, kita tunggu sahaja siasatan itu selesai," kata Encik Saifuddin semasa satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP), di Putrajaya pada Ahad (21 Okt).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian Malaysia ketika masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Arab Saudi, dengan beberapa negara dilaporkan membatalkan penyertaan dalam persidangan pelaburan Arab Saudi di Riyadh menyusuli pembunuhan Khashoggi.

Pada Sabtu lalu (20 Okt), Agensi Akhbar Saudi melaporkan bahawa Arab Saudi mengaku Encik Khashoggi dibunuh di dalam konsulatnya di Istanbul.

Menurut laporan itu, perbincangan di antara penulis ruang akhbar Washington Post itu dengan pihak yang ditemuinya di konsulat tersebut berubah menjadi satu pergaduhan yang menyebabkan kematiannya.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan