Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu pelarian Rohingya tanggungjawab ASEAN, kata Najib

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa isu pelarian Rohingya bukan lagi isu yang perlu ditangani Myanmar sahaja, sebaliknya semua negara di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu pelarian Rohingya tanggungjawab ASEAN, kata Najib

Sekitar 700,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke sempadan Myanmar sejak tahun lalu. (Gambar: FRED DUFOUR/AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2018 05:58PM Dikemas Kini : 18 Mar 2018 08:30PM

SYDNEY: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa isu pelarian Rohingya bukan lagi isu yang perlu ditangani Myanmar sahaja, sebaliknya semua negara di rantau ini.

Perkara tersebut dijelaskan Datuk Seri Najib selepas 10 negara anggota ASEAN menandatangani perjanjian kerjasama menentang keganasan pada sidang puncak rantau itu yang diadakan di Sydney, Australia semalam (17 Mac).

Jelasnya, kaum etnik terbabit yang pada asalnya mahu melarikan diri daripada ditindas akan menjadi mangsa radikalisasi utama oleh kumpulan militan ISIS.

Justeru, negara anggota ASEAN digesa melipatgandakan usaha membantu menghuraikan isu etnik Rohingya secara bersama dan mempertingkat kerjasama menentang kemaraan dan pergerakan kumpulan pengganas di rantau itu.

PM Najib berkata demikian dalam sesi dialog bersama pemimpin ASEAN lain termasuk pemimpin Myanmar Aun San Suu Kyi.

Pemeteraian perjanjian kerjasama tersebut dilihat penting, sedang kumpulan militan ISIS kian menjadi lemah di Asia Barat dan mungkin mahu melebarkan sayapnya di rantau Asia.

Sidang puncak ASEAN kali ini dipengerusikan Australia dengan mesyuarat pertama diadakan semalam.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan