Isu Korea Utara kuasai agenda persidangan Trump-Abe
Isu Korea Utara juga menjadi agenda utama perbincangan antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, di Florida.
FLORIDA: Isu Korea Utara juga menjadi agenda utama perbincangan antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, di Florida.
Satu laporan media menyatakan Amerika, Jepun dan Korea Selatan mungkin menetapkan tahun 2020 sebagai tempoh terakhir bagi Korea Utara menghapuskan sama sekali program nuklearnya.
Ini berbeza dengan kehendak Korea Utara untuk melakukannya secara bertahap-tahap dan Pyongyang diberi insentif.
Amerika, Jepun dan Korea Selatan bagaimanapun dikatakan tidak mahu mengulangi kesilapan masa lalu apabila Korea Utara menggunakan insentif yang diperolehinya bagi membangunkan terus senjata nuklear.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.