Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu kerajaan M'sia 'derhaka' dipolitikkan, proses pembatalan darurat masih berjalan: Annuar Musa

Isu 'penderhakaan' kerajaan Malaysia terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang timbul ketika ini adalah disebabkan penyebaran maklumat tidak tepat malah ia turut dipolitikkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu kerajaan M'sia 'derhaka' dipolitikkan, proses pembatalan darurat masih berjalan: Annuar Musa

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 Aug 2021 08:18PM Dikemas Kini : 01 Aug 2021 08:25PM

KOTA BHARU: Isu 'penderhakaan' kerajaan Malaysia terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang timbul ketika ini adalah disebabkan penyebaran maklumat tidak tepat malah ia turut dipolitikkan.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata apabila berlaku banyak laporan yang tidak tepat sejak hari pertama isu itu hangat diperkatakan, wujud beberapa pihak cuba mengambil kesempatan.

"Kemudian orang awam tidak diberi penjelasan secara tepat dan terperinci menyebabkan timbul pula pelbagai persepsi. Sebenarnya, banyak yang tidak tahu bahawa proses pembatalan ordinan itu sedang berjalan mengikut peraturan-peraturan biasa, langsung tidak timbul soal derhaka dan sebagainya, cuma ia dipolitikkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) bagi penduduk Parlimen Ketereh di Dewan Tun Abdul Gaffar Baba, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan dekat Kota Bharu hari ini (1 Ogos).

Pada 26 Julai lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pelanjutan darurat, yang dijadual tamat hari ini (1 Ogos).

Mengulas lanjut, Encik Annuar berkata perkara yang diumumkan Encik Takiyuddin pada persidangan itu secara konteksnya adalah sekadar memaklumkan keputusan jemaah menteri namun prosesnya masih berjalan seperti biasa sehingga mendapat perkenan Sultan Abdullah

"Pada 26 Julai, sidang Parlimen bermula dan di situlah Menteri Undang-Undang didesak pembangkang untuk mengetahui pendirian kerajaan dan Menteri Undang-Undang memaklumkan perkembangan terbaru.

“Apabila isu berkenaan cuba dikelirukan, Perdana Menteri tanpa berlengah pada keesokan harinya, iaitu 27 Julai, terus menghadap Seri Paduka bersama Peguam Negara untuk menerangkan perkara sebenar.

“Malah Perdana Menteri turut memohon maaf sekiranya apa yang disampaikan dalam sidang Parlimen itu menimbulkan kekeliruan dan ia boleh diperjelaskan,” katanya sambil menegaskan kerajaan juga berpegang teguh kepada konsep Raja Berperlembagaan.

Menerusi kenyataan Istana Negara pada 29 Julai, Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen Isnin lepas bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat, walhal ia belum lagi diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Abdullah juga amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Encik Takiyuddin serta Peguam Negara Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan dirungkaikan tidak dilaksanakan. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan