Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu hukuman mati untuk homoseks: Semakin banyak perniagaan putuskan ikatan dengan Brunei

Agensi-agensi pelancongan, rangkaian pengangkutan London dan hab-hab kewangan merupakan antara semakin banyak syarikat yang akan memutuskan pertalian dengan perniagaan-perniagaan yang dimiliki Brunei.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu hukuman mati untuk homoseks: Semakin banyak perniagaan putuskan ikatan dengan Brunei

(Gambar: Adrian Dennis/AFP)

Diterbitkan : 07 Apr 2019 11:00PM Dikemas Kini : 07 Apr 2019 11:03PM

LONDON: Agensi-agensi pelancongan, rangkaian pengangkutan London dan hab-hab kewangan merupakan antara semakin banyak syarikat yang akan memutuskan pertalian dengan perniagaan-perniagaan yang dimiliki Brunei. Ini sebagai membantah keputusan

Brunei menguatkuasakan hukuman mati bagi seks sejenis atau gay dan kesalahan zina.

Brunei, yang majoritinya penduduk beragama Islam, pada 3 Apr menguatkuasakan undang-undang Syariah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah yang melakukan kesalahan homoseks, kesalahan zina dan rogol, termasuk menerusi hukuman rejam dan hukuman memotong tangan dan kaki bagi kesalahan mencuri.

Sedang bantahan terhadap keputusan Brunei itu kian meningkat di seluruh dunia, satu tindak balas korporat diadakan setelah pelakon George Clooney dan penyanyi Elton John menggesa agar memboikot hotel-hotel yang dimiliki oleh Brunei, termasuk Dorchester di London, hotel Beverly Hills di Los Angeles dan Plaza Athenee di Paris.

STA Travel, iaitu sebuah agensi pelancongan global yang dimiliki oleh Diethelm Keller Group, menyatakan bahawa pihaknya tidak akan lagi menjual penerbangan-penerbangan Royal Brunei Airlines.

Manakala, Transport For London (TfL), yang bertanggungjawab bagi sistem pengangkutan London, mengeluarkan iklan-iklan yang mempromosikan Brunei sebagai destinasi pelancongan daripada rangkaian pengangkutan awam bandar itu.

Virgin Australia Airlines, pesawat kedua terbesar di Australia setelah Qantas, pula mengakhiri perjanjian yang menawarkan tiket-tiket yang diberikan potongan harga bagi Royal Brunei Airlines bagi para kakitangannya.

Royal Brunei tidak memberi sebarang respon kepada permintaan mengulas perkara itu.

Royal Brunei bekerjasama dengan sekitar 40 pesawat, termasuk British Airways, Air-France-KLM dan Qantas, yang membenarkannya menjual tiket-tiket pesawat lain. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan