Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu Baitulmakdis: Dunia masih komited kepada undang-undang antarabangsa - Chandra Muzaffar

Undi majoriti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), menolak keputusan  mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu negara Israel, adalah bukti jelas mengenai komitmen dunia kepada undang-undang antarabangsa. 

Anggaran Waktu Membaca:
Isu Baitulmakdis: Dunia masih komited kepada undang-undang antarabangsa - Chandra Muzaffar

Dr Chandra Muzaffar. (Gambar: Zulfadhli Zaki/Sunpix)

Diterbitkan : 25 Dec 2017 11:05PM Dikemas Kini : 25 Dec 2017 11:21PM

KUALA LUMPUR:  Undi majoriti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu negara Israel, adalah bukti jelas mengenai komitmen dunia kepada undang-undang antarabangsa. Demikian menurut pakar politik terkenal dan aktivis sosial Dr Chandra Muzaffar.

Beliau, yang juga Presiden International Movement for a Just World (JUST), menarik perhatian bahawa Baitulmakdis di letakan di bawah undang-undang tersebut pada 1947 apabila pembahagian bumi Palestin yang bersejarah dilakukan secara tidak adil.

Beliau menegaskan bahawa merampas atau menakluk mana-mana bahagian kota itu dan kemudian mengisytiharkannya sebagai  ibu negara bagi negara salah satu pihak yang mempertikai adalah haram.

"Sememangnya Amerika Syarikat yang menganggap dirinya  sebagai 'demokrasi terbesar di dunia' memahaminya. Begitu juga Israel, yang harus dilihat sebagai satu-satunya  demokrasi di Asia Barat'," menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini (25 Dis).

Sesi tergempar PBB itu pada Khamis menyaksikan 128 negara menyokong gesaan PBB supaya Amerika Syarikat menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu negara Israel dengan badan dunia itu mengisytiharkan keputusan tersebut sebagai tersebut sebagai “tidak sah dan terbatal”.

DIHARAP LENGAH PEMINDAHAN KEDUTAAN AS DARI TEL AVIV KE BAITULMAKDIS

Dr Chandra berkata ada pihak yang berharap bahawa keputusan undian Majlis Keselamatan itu akan memaksa Washington DC menarik balik keputusannya berhubung Baitulmakdis.

Tetapi beliau mengingatkan bahawa berdasarkan rekod prestasi Trump mengenai perkembangan berhubung dengan Perjanjian Perubahan Iklim dan UNESCO, tidak mungkin Amerika Syarikat akan menarik balik keputusan tersebut.

Trump sebelumnya mengumumkan bahawa Amerika Syarika akan menarik diri daripada Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim dan juga menarik  diri daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), agensi PBB yang memberi tumpuan kepada pendidikan, sains dan kebudayaan.

"Apa yang paling diharapkan beliau boleh melakukan ialah melengahkan sedikit cadangan memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmakdis,” kata beliau.

Bagaimanapun, Dr Chandra berkata keputusan undian mengenai Baitulmakdis adalah kejayaan untuk keadilan global.

FAKTOR KESELAMATAN ISRAEL

Beliau berkata jika UNGA tidak dapat tampil sebagai suara keadilan global berdasarkan prinsip pada skala lebih luas, ia sebahagiannya disebabkan pelbagai halangan – yang paling besar ialah hubungan Amerika Syarikat-Israel.

Menurut beliau, pelbagai perkembangan di Timur Tengah menunjukkan bahawa hubungan Amerika Syarikat-Israel tidak dapat mencapai satu daripada matlamat utama iaitu meningkatkan keselamatan Israel.

“Kejayaan menumpaskan hubungan jahat ini di Perhimpunan Agung PBB pada 21 Dis menguatkan fakta ini. Ia harus memberi semangat kepada kita untuk menguatkan perjuangan demi mewujudkan dunia yang adil,” kata Dr Chandra.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan