Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu arak 'Timah': Masyarakat perlu dididik berfikiran lebih logik

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said berkata masyarakat perlu dididik supaya berfikiran lebih logik menyusuli kontroversi minuman arak tempatan berjenama 'Timah’.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu arak 'Timah': Masyarakat perlu dididik berfikiran lebih logik

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 Oct 2021 08:35AM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 08:37AM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said berkata masyarakat perlu dididik supaya berfikiran lebih logik menyusuli kontroversi minuman arak tempatan berjenama 'Timah’.

“Daripada dulu, kecil-kecil kita makan hotdog, coney dog, jadi macam mana? Anak saya suka makan hotdog, takkan saya kata tak boleh makan...jadi saya rasa ini penting, kita kena didik masyarakat kita memikirkan secara lebih logik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah giliran Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis (28 Okt).

Encil Rosol berkata sememangnya terdapat keperluan untuk melahirkan masyarakat yang matang, berhemah dan bertanggungjawab supaya tidak mengambil kesempatan atas apa sahaja isu untuk kepentingan dan keuntungan sesetengah pihak.

“Kita tidak mahu ia (isu salah tafsir nama produk) menjadi satu precedent (duluan) ...lepas ini (mungkin) berlaku pula (isu) root beer. Ini tidak akan ada kesudahan,” katanya.

Sementara itu, persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 yang bertujuan meminda Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) untuk menyusun semula dan memantapkan fungsinya supaya lebih menyeluruh, selari dengan peredaran masa.

Akta 730 digubal antaranya untuk mengadakan peruntukan bagi menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal palsu, pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubungan dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan