Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Istilah Negara Kesatuan Republik Indonesia 'bersyariah' tidak wujud, kata Din Syamsuddin

Tokoh Muhammadiyah, Dr Din Syamsuddin, menegaskan tidak ada Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) bersyariah kerana ia tidak sesuai dengan ideologi Bangsa Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Istilah Negara Kesatuan Republik Indonesia 'bersyariah' tidak wujud, kata Din Syamsuddin

Tokoh Muhammadiyah, Dr Din Syamsuddin. (Gambar: Prof Dr M Din Syamsuddin/Facebook)

Diterbitkan : 14 Aug 2019 08:44PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 08:48PM

SOLO (ANTARA): Tokoh Muhammadiyah, Dr Din Syamsuddin, menegaskan tidak ada Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) bersyariah kerana ia tidak sesuai dengan ideologi Bangsa Indonesia.

"Jangan beri ruang, kita ini NKRI ber-Pancasila," kata bekas pengerusi atau Ketua Umum Muhammadiyah (2005-2010 dan 2010-2015) itu di Solo pada Rabu (14 Ogos).

Beliau mengatakan Pancasila sangat menghormati dan mementingkan agama.

"Sila pertama 'Ketuhanan Yang Maha Esa', ditambah UUD 1945 pasal 29 iaitu menjamin kebebasan beragama dan menjalankan ibadah menurut agama masing-masing," katanya.

Dr Din Syamsuddin berkata NKRI sudah menghormati agama yang ada di Indonesia sesuai dengan syariat. Meskipun demikian, katanya, ia bukan bererti Indonesia menjadi negara syariat.

"Apalagi bagi agama tertentu jangan ada salah pemahaman. Termasuk kalau ada warga negara yang mahu menjalankan ibadah seperti contoh, perempuan berjilbab mengamalkan Pancasila. Justeru yang mengecam itu yang antipancasila. Ini harus didudukkan. Tetap menjunjung NKRI yang berpegang pada pancasila," ujar beliau.

Sebelum ini, Ketua Persatuan Alumni (PA) 212 Haikal Hassan menjelaskan rumusan NKRI syariah yang tertuang dalam Ijtima Ulama IV hanya istilah. Menurut beliau, Pancasila dan UUD 1945 tetap sebagai dasar negara yang sah.

Haikal mengatakan ia bukan bererti dengan adanya NKRI, bersyariah akan menghilangkan Pancasila dan UUD 1945.

Menurut beliau lagi, NKRI saat ini sudah bersyariah, ditunjukkan dari adanya lembaga syariah dan peraturan syariah.

Sementara itu, semasa kunjungannya ke Kampus UNS beberapa waktu lalu, Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu berkata tiada istilah NKRI bersyariah.

"NKRI harga mati. Syariah itu sudah ada di sila pertama Pancasila. Sudah hebat Pancasila, jangan ditambahi lagi," katanya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan