Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isteri minta cerai kerana suami terlalu sibuk dengan kerja rumah

Isteri berusia 28 tahun dari Mesir ini meminta diceraikan daripada suami yang baru sahaja dinikahinya selama dua minggu kerana suaminya "terlalu sibuk" melakukan kerja rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri minta cerai kerana suami terlalu sibuk dengan kerja rumah

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Nov 2017 04:11PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 12:18AM

MESIR: Isteri berusia 28 tahun dari Mesir ini meminta diceraikan daripada suami yang baru sahaja dinikahinya selama dua minggu kerana suaminya "terlalu sibuk" melakukan kerja rumah.

Tidak seperti pasangan-pasangan lain, yang mungkin berceraian kerana suami atau isteri tidak ingin membantu dalam melakukan kerja rumah, Samar M. mengatakan beliau "sudah bosan" dengan suaminya yang mengendalikan kerja rumah secara sendiri, menurut laman Al-Arabiya.

"Dia memasak, cuci, menyapu dan cuci baju," katanya menurut laporan agensi berita Masrawy.

ADUAN DI MAHKAMAH

Beliau melakukan aduan di Mahkamah Keluarga di New Cairo bahawa suaminya yang berusia 31 tahun, pemilik kedai baju, dengan mengatakan "suami saya tidak memberikan kebebasan kepada saya untuk mengendalikan hal ehwal rumah saya. Saya merasakan saya berada di hotel."

"Beliau menjadi 'wanita dalam rumah' dan saya benci hidup dengannya. Kami hanya berkahwin selama dua minggu, dan dia sama ada memasak ataupun mencuci baju kerana beliau tahu bagaimana untuk membezakan baju dengan warna. Beliau kemudiannya menggosok baju, menyapu dan mengatur makanan dalam peti sejuk," tukil laman al-Arabiya.

"Beliau juga menyediakan makanan semalaman supaya keesokan harinya beliau tidak perlu melakukan apa-apa," tambahnya.

Cik Samar turut mendedahkan suaminya itu gemar mengatur perabot di sekitar rumahnya beberapa kali semasa dua minggu perkahwinannya.

"Saya hanya berduduk diam dan melihatnya mengatur perabot sambil beliau bergembira."

Isteri tersebut, yang kini tidak bekerja, mengatakan terdapat beberapa kakitangan yang membantu suaminya di kedai baju, dengan itu beliau sering berada di rumah. 

Sumber : Agensi berita/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan