Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isteri hamil maut dipanah bekas suami

Akibat dendam kerana ditinggalkan isterinya untuk lelaki lain, seorang lelaki membuat perancangan selama setahun sebelum membunuh wanita yang sedang sarat mengandung itu menggunakan busur silang.

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri hamil maut dipanah bekas suami

Mangsa, Dewi Unmathallegado (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 07 Nov 2019 10:12AM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 10:14AM

LONDON: Akibat dendam kerana ditinggalkan isterinya untuk lelaki lain, seorang lelaki membuat perancangan selama setahun sebelum membunuh wanita yang sedang sarat mengandung itu menggunakan busur silang.

Menurut agensi berita Sky News, Devi Unmathallegado, 35 tahun, mati dipanah oleh bekas suaminya Ramanodge Unmathallegado, 51 tahun. Namun, bayi dalam kandungannya diselamatkan menerusi pembedahan kecemasan.

Unmathallegado dilaporkan berang kerana Devi mahu melarikan diri daripadanya, malah turut merancang membunuh pasangan baru Devi iaitu Imtiaz Muhammad.

Menurut laporan The Metro, Unmathallegado bersembunyi di dalam bangsal di kediaman pasangan berkenaan pada sebelah pagi hari kejadian dengan berbekalkan pelbagai senjata termasuk busur silang, anak panah, tukul, pisau dan gunting.

Mahkamah diberitahu, dia mengambil masa beberapa bulan untuk mengumpulkan senjata serta menjalankan pemerhatian di kediaman pasangan itu sebelum melaksanakan perancangannya pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, pada pagi itu Imtiaz masuk ke bangsal berkenaan lalu mengganggu perancangan Unmathallegado.

Tertuduh mengejar Imtiaz ke dalam rumah dan melepaskan busarnya selepas melihat bekas isterinya di situ.

Wanita itu cedera parah ketika cuba melarikan diri ke aras atas rumahnya sebelum Unmathallegado berjaya dihalang dan senjatanya dirampas.

Unmathallegado kini dibicarakan kerana menafikan semua tuduhan terhadapnya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan