Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isteri, 2 anak lelaki bekas CEO Cradle Fund bakal didakwa di mahkamah

 Isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Allahyarham Nazrin Hassan, Cik Samirah Muzaffar akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini (4 Mac) berhubung kes pembunuhan suaminya.

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri, 2 anak lelaki bekas CEO Cradle Fund bakal didakwa di mahkamah

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 04 Mar 2019 12:25PM Dikemas Kini : 04 Mar 2019 12:29PM

SHAH ALAM: Isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Allahyarham Nazrin Hassan, Cik Samirah Muzaffar akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini (4 Mac) berhubung kes pembunuhan suaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, turut didakwa berhubung kes itu adalah dua anak lelakinya berusia 15 dan 17 tahun dan seorang lagi masih bebas pada jam 2.00 petang ini.

“Pihak Jabatan Peguam Negara mengeluarkan arahan pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan terhadap mereka.

“Tiga individu itu ditahan di kediaman mereka jam 6.45 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Polis Negara, Encik Mohamad Fuzi Harun dilapor berkata bahawa polis sudah menyerahkan laporan siasatan hasil bedah siasat kedua Allahyarham Nazrin kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 22 Feb lepas.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Okt 2018 membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kematiannya itu.

Pada 3 Ogos tahun lepas, kematian Allahyarham Nazrin diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemui kesan petrol di lokasi kebakaran.

Allahyarham Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun tahun lepas yang pada mulanya dilaporkan sebagai berpunca daripada letupan telefon bimbitnya.    

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan