Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Istana Johor anjur rumah terbuka pada Hari Raya kedua

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bakal mengadakan Rumah Terbuka Istana Johor sempena sambutan Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada Hari Raya kedua (6 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Istana Johor anjur rumah terbuka pada Hari Raya kedua

Gambar fail kawasan istana Johor.

Diterbitkan : 01 Jun 2019 06:06PM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 06:07PM

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bakal mengadakan Rumah Terbuka Istana Johor sempena sambutan Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada Hari Raya kedua (6 Jun).

Menerusi catatan yang dimuat naik ke laman Facebook Sultan Johor, majlis rumah terbuka berkenaan bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Catatan itu menulis: “Semua dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Istana Johor sempena sambutan Aidilfitri. Datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka." 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan