Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel tunda program vaksinasi bagi pekerja Palestin

Israel pada Jumaat (5 Mac) menunda rancangan untuk memberikan vaksin kepada warga Palestin yang bekerja di negara itu dan juga di kawasan petempatan di Tebing Barat sehingga diberitahu selanjutnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel tunda program vaksinasi bagi pekerja Palestin

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 01:51PM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 01:53PM

BAITULMAKDIS: Israel pada Jumaat (5 Mac) menunda rancangan untuk memberikan vaksin kepada warga Palestin yang bekerja di negara itu dan juga di kawasan petempatan di Tebing Barat sehingga diberitahu selanjutnya.

COGAT, agensi tentera Israel yang menyelaraskan ehwal harian bersama Penguasa Palestin, mengaitkan penundaan itu dengan "kelengahan pentadbiran", sambil menambah bahawa satu tarikh permulaan yang baru bagi kempen vaksinasi tersebut akan ditentukan kelak.

Program vaksinasi itu sepatutnya bermula pada Ahad (7 Mac) di persimpangan Tebing Barat ke Israel dan di zon-zon perindustrian Israel.

Vaksinasi sedemikian dapat mengurangkan kecaman terhadap Israel kerana tidak mengongsi bekalan vaksinnya yang banyak dengan warga Palestin yang tinggal di bawah kawalan Israel di Tebing Barat dan di Carikan Gaza - sekalipun Israel berjaya melancarkan salah satu program vaksinasi terpantas di dunia.

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan