Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel tolak siasatan dijalankan terhadap pembunuhan 15 penduduk Palestin

Menteri pertahanan Israel hari ini (1 Apr) menolak siasatan terhadap pembunuhan 15 rakyat Palestin oleh pasukan tentera yang berlaku semasa bantahan Palestin yang bertukar ganas kelmarin (30 Mac) di sempadan Gaza-Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Apr 2018 07:10PM Dikemas Kini : 01 Apr 2018 11:26PM

BAITULMAKDIS: Menteri pertahanan Israel hari ini (1 Apr) menolak siasatan terhadap pembunuhan 15 rakyat Palestin oleh pasukan tentera yang berlaku semasa bantahan Palestin yang bertukar ganas kelmarin (30 Mac) di sempadan Gaza-Israel.

Kumpulan Hamas menyatakan lima mangsa yang terkorban merupakan anggota sayap tenteranya. Menurut Israel pula, lapan daripada 15 mangsa merupakan anggota kumpulan Hamas dan dua lagi mangsa merupakan anggota kumpulan militan lain.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa supaya siasatan bebas terhadap insiden pertumpahan darah itu dijalankan.

Rayuannya turut disetujui Ketua Dasar Ehwal Luar Kesatuan Eropah, Federica Mogherini, dan Amnesty International serta Tamar Zandberg, ketua sayap kiri parti pembangkang Israel.

"Askar-askar Israel melakukan apa yang patut. Saya rasa semua askar kami seharusnya dipuji," kata Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman. "Tidak akan ada siasatan."

Beribu-ribu orang berkumpul pada Jumaat (30 Mac) di sempadan tersebut, di mana khemah-khemah didirikan bagi bantahan-bantahan yang dirancang akan dilangsungkan selama enam minggu bagi menuntuk hak untuk kembali ke tanah air mereka.

Bagaimanapun, ratusan orang tidak mengendahkan arahan pihak penganjur dan tentera Israel yang menyuruh mereka supaya tidak mendekati sempadan.

Menurut pasukan tentera itu, orang-orang yang adalah kerana mereka menyerang askar, dan menggolekkan tayar-tayar yang terbakar serta melempar batu-batu dan melancarkan serangan bom di sempadan.

"Penggunaan senjata, khususnya seharusnya sebahagian daripada siasatan yang bebas dan telus," kata Cik Mogherini dalam satu kenyataan semalam (31 Mac). "Sementara Israel mempunyai hak untuk melindungi sempadannya, kekerasan seharusnya tidak digunakan secara berlebih-lebihan."

Bantahan itu dijangka berakhir pada 15 Mei sempena Hari Malapetaka atau "Nakba" iaitu hari di mana ribuan rakyat Palestin dihalau dari rumah mereka pada 1948, iaitu pada hari negara Israel ditubuhkan.

Israel selama ini menolak kepulangan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka kerana ia mahu mengekalkan penganut Yahudi sebagai majoritinya.

Semalam, tentera Israel mencederakan sekitar 70 rakyat Palestin di sempadan, menurut para pegawai negara itu. Saksi-saksi mengatakan batu-batu dilempar ke arah para askar.

Israel menyatakan bahawa Hamas menggunakan bantahan untuk mengalihkan kemarahan para penduduk Gaza berhubung masalah ekonominya saat ini.

Israel menarik diri dari Gaza pada 2005, namun ia masih mengawal tanah dan sempadan lautnya. Menurutnya, ia melakukan demikian atas isu keselamatan. Mesir juga menutup sebahagian besar sempadan Gazanya.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan