Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel tangkap 2 banduan terakhir lolos dari penjara Gilboa

 Tentera Israel sudah menangkap semula dua banduan terakhir warga Palestin yang meloloskan diri daripada penjara pada awal bulan ini, umum pasukan tentera itu pada Ahad (19 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Israel tangkap 2 banduan terakhir lolos dari penjara Gilboa

Seorang anggota pasukan keselamatan Israel mengawai penjara Gilboa di utara Israel pada 18 Sep 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Sep 2021 06:50PM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 06:53PM

JENIN: Tentera Israel sudah menangkap semula dua banduan terakhir warga Palestin yang meloloskan diri daripada penjara pada awal bulan ini, umum pasukan tentera itu pada Ahad (19 Sep).

Pada awal September, enam banduan warga Palestin meloloskan diri dari penjara Gilboa di utara Israel melalui satu terowong yang digali di bawah sinki penjara, dilaporkan menggunakan perkakas termasuk sudu.

Israel kemudian melancarkan pemburuan besar-besaran dengan menggunakan dron, melaksanakan pemeriksaan jalan raya dan mengerahkan pasukan ke petempatan Tebing Barat.

Pihak berkuasa sudahpun memberkas empat daripada enam banduan itu. Dalam satu catatan Twitter pada Ahad, Angkatan Pertahanan Israel menyatakan dua banduan terakhir itu menyerah diri "setelah dikepung oleh pasukan keselamatan yang bertindak mengikut maklumat risikan yang tepat".

Kedua-dua lelaki itu, Ayham Kamamji, 35 tahun, dan Munadel Infeiat, 26 tahun, adalah anggota Gerakan Jihad Islam iaitu sebuah gerakan Islam warga Palestin.

Mereka ditangkap dalam operasi bersama dengan pasukan menentang pengganasan di Jenin, Tebing Barat, menurut tentera dalam satu kenyataan ringkas kepada pihak media. Ia menambah kedua-dua lelaki itu "kini sedang disoal siasat".

Berasal dari Kafr Dan, berhampiran Jenin, Kamamji diberkas pada 2006 dan dipenjara seumur hidup kerana menculik serta membunuh seorang petempat muda rakyat Israel, Eliahu Asheri.

Menurut Gerakan Jihad Islam, Kamamji mengalami sakit perut serta usus ketika dalam penjara dan dia menjadi mangsa "kecuaian perubatan" oleh pihak berkuasa penjara.

Infeiat, ditangkap tahun lalu, sudahpun dipenjara buat beberapa kali sebelum ini atas peranannya dalam kumpulan bersenjata tersebut. Dia sedang menanti untuk dijatuhkan hukuman semasa meloloskan diri.

Empat lelaki lain yang ditangkap semula minggu lalu termasuk Mahmoud Abdullah Ardah, didakwa sebagai dalang pelolosan itu, dan Zakaria Zubeidi, bekas ketua militan gerakan Fatah.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan