Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel setuju suntik vaksin COVID-19 kepada 100,000 pekerja Palestin

 Israel bersetuju untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada 100,000 pekerja Palestin dalam apa yang dianggap sebagai kempen vaksinasi besar-besaran terpantas di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel setuju suntik vaksin COVID-19 kepada 100,000 pekerja Palestin
Diterbitkan : 20 Feb 2021 05:23PM Dikemas Kini : 20 Feb 2021 05:27PM

BAITULMAKDIS: Israel bersetuju untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada 100,000 pekerja Palestin dalam apa yang dianggap sebagai kempen vaksinasi besar-besaran terpantas di dunia.

Kementerian Kesihatan Penguasa Palestin dalam satu kenyataan berkata, perjanjian itu dibuat "dalam pertemuan bagi membincangkan isu pandemik COVID-19", tetapi tidak menjelaskan bila vaksinasi akan dilakukan.

Kedua-dua pihak juga bersetuju dengan "kerjasama teknikal" bagi memerangi penularan virus itu, tambah kementerian tersebut.

Kedua-dua, Kementerian Kesihatan Israel atau unit tentera COGAT, yang menyelaraskan urusan awam rakyat Palestin, tidak segera mengesahkan kepada AFP perjanjian vaksinasi itu.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Israel dalam kenyataannya menjelaskan, satu pertemuan diadakan bersama rakan sejawatnya di kota Ramallah di Tebing Barat untuk membincangkan isu virus terbabit.

Pertemuan itu diadakan menyusuli 'persefahaman bahawa Israel dan Palestin berada duduk dalam wilayah sama', lantas penularan COVID-19 di wilayah Palestin akan mempengaruhi rakyat Israel.

Sejak Disember lalu, Israel telah memberi suntikan vaksin Pfizer/BioNTech kepada 4.25 juta orang, hampir 47 peratus daripada sembilan juta penduduknya dengan 2.88 juta daripadanya sudah menerima dua dos suntikan.

Pihak Berkuasa Palestin masih menantikan hampir dua juta dos yang dipesan daripada pelbagai pengeluar, termasuk dibekalkan menerusi pelan peruntukan vaksin global (COVAX) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang dibentuk bagi membantu negara miskin memperoleh vaksin.

Ia mula memberi vaksin kepada petugas barisan hadapan kesihatan menerusi perolehan 10,000 dos vaksin Sputnik V dari Rusia serta beberapa ribu dos Moderna melalui Israel, awal bulan ini.

Israel menutup sempadannya kepada buruh Palestin sejak awal penularan pandemik itu, memaksa mereka yang ingin terus bekerja di Israel, terus menetap di negara itu.

Ekoran kadar mereka yang menderita penyakit itu semakin menguncup, Israel kini dalam proses melonggarkan perintah berkurung ketiganya, dengan COGAT menjelaskan, pekerja harian Palestin akan dibenarkan masuk Israel, mulai esok.

Menurut radio tentera, kira-kira 87,000 orang dijangka memasuki Israel untuk bekerja, esok.

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan