Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel musnahkan tanah perkuburan Palestin dekat Masjid Al-Aqsa

Israel memusnahkan sebuah tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmakdis, di mana jenazah pejuang Palestin turut dikebumikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel musnahkan tanah perkuburan Palestin dekat Masjid Al-Aqsa

Gambar fail pekarangan Masjid Al-Aqsa dipetik pada Mac 2019 (Gambar: Ahmad Gharabli/AFP)

Diterbitkan : 12 Oct 2021 05:43PM Dikemas Kini : 12 Oct 2021 05:45PM

BAITULMAKDIS: Israel memusnahkan sebuah tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmakdis, di mana jenazah pejuang Palestin turut dikebumikan.

Beberapa kubur di Tanah Perkuburan Al-Yusufiye didapati sudah dimusnahkan dengan menggunakan jentera berat setakat ini.

Menurut laporan agensi berita Anadolu, penduduk Palestin memaklumkan sejumlah tulang ditemui semasa operasi memusnahkan kawasan tanah perkuburan itu.

Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Perlindungan Tanah Perkuburan Islam, Ahmed al-Dajani, berkata mahkamah Israel memberi kebenaran kepada Direktorat Arkeologi untuk melakukan kerja-kerja di tapak berhampiran tanah perkuburan itu.

Beliau menambah antara kubur yang dimusnahkan adalah tempat pengebumian penduduk Islam yang terkorban dalam konflik antara tahun 1948 hingga 1967.

Beliau menegaskan Israel akan berdepan tindakan undang-undang sebagai tindak balas terhadap perbuatan memusnahkan kubur berkenaan.

Anadolu menukil Encik Ahmed yang mengatakan Israel merancang untuk membina sebuah taman berhampiran tanah perkuburan itu.

Tanah Perkuburan Al-Yusufiye, yang terletak bersebelahan tembok mengelilingi kota lama, adalah satu daripada tanah perkuburan Islam tertua di Baitulmakdis.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Baitulmakdis cuba memusnahkan tangga bersejarah menuju ke kota lama dan Masjid Al-Aqsa, namun, langkah itu dihalang oleh penduduk Palestin. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan