Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel musnahkan apartmen keluarga Palestin dituduh membunuh

Tentera Israel memusnahkan dua rumah di Tebing Barat pada Jumaat (19 Apr) yang didiami keluarga seorang lelaki Palestin yang dituduh membunuh seorang wanita Israel Februari lalu, menurut pihak tentera.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel musnahkan apartmen keluarga Palestin dituduh membunuh

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 08:55PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 08:57PM

HEBRON: Tentera Israel memusnahkan dua rumah di Tebing Barat pada Jumaat (19 Apr) yang didiami keluarga seorang lelaki Palestin yang dituduh membunuh seorang wanita Israel Februari lalu, menurut pihak tentera.

Askar-askar Israel mengepung blok apartmen di bandar selatan Hebron lewat Khamis, sebelum memusnahkan dua apartmen yang didiami keluarga Arafat Irfaiya, 29 tahun.

Menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian, pertempuran berlaku antara penduduk Palestin dan tentera Israel semasa operasi dijalankan.

Pembunuhan Ori Ansbacher, 19 tahun, yang dilaporkan ditikam berkali-kali, mencetuskan kemarahan di Israel.

Mayat gadis itu ditemui pada 7 Februari di kawasan hutan di tenggara Baitulmakdis. Irfaiya ditangkap dua hari kemudian dalam satu serbuan di bandar Ramallah, Tebing Barat.

Pihak berkuasa Israel menyifatkan serangan itu sebagai bersifat "nasionalis" atau dalam erti kata lain, berkaitan dengan konflik Israel-Palestin.

Israel secara kerap merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin yang dituduh terlibat dalam serangan ke atas penduduk Israel, sebagai sebahagian daripada dasar yang didakwa bagi mengelak keganasan pada masa depan.

Namun kumpulan hak asasi manusia dan warga Palestin bertegas tindakan itu sama seperti hukuman beramai-ramai yang mengakibatkan ahli keluarga menanggung beban hukuman akibat tindakan seorang saudara. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan