Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel lancar serangan udara ke atas Gaza menyusuli kematian askar

Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Carikan Gaza pada Jumaat (20 Jul) selepas salah seorang askarnya ditempak mati di kawasan sempadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel lancar serangan udara ke atas Gaza menyusuli kematian askar

Gas pemedih mata dilancarkan ke arah penunjuk perasaan Palestin di selatan Gaza pada 20 Julai 2018. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Jul 2018 10:46AM Dikemas Kini : 21 Jul 2018 10:50AM

GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Carikan Gaza pada Jumaat (20 Jul) selepas salah seorang askarnya ditempak mati di kawasan sempadan.

Namun demikian, satu perjanjian genjatan senjata dapat dicapai awal Sabtu (21 Jul) dengan bantuan pengantaraan Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut seorang jurucakap kumpulan Hamas.

Ini sekaligus melegakan kebimbangan tercetusnya konflik yang lebih besar.

Dalam serangan udara semalam itu, tiga militan Hamas dilaporkan maut. Israel menyatakan pihaknya turut dibedil roket sebagai serangan balas.

PBB menggesa semua pihak supaya berundur daripada terus terjerumus sedang ketegangan memuncak sepanjang beberapa bulan ini. Warga Palestin keempat ditembak mati baru-baru ini semasa mengadakan penunjuk perasaan di sempadan Israel.

Ini merupakan serangan terbaru sejak pertempuran dan tunjuk perasaan bermula pada Mac yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 149 warga Palestin terkorban. Dalam masa yang sama, satu askar Israel mati. Tentera Israel turut mendakwa "pasukan pengganas" yang menembak askar tersebut di selatan Gaza.

Seorang jurucakap memberitahu AFP bahawa itu pertama kali seorang askar Israel terbunuh dalam operasi sekitar Gaza sejak perang 2014.

Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman memberi amaran akan membalas dengan "lebih dasyat” lagi jika ada sebarang serangan baru oleh Hamas. Ini selepas tentera Israel melaporkan "tiga pelancaran (senjata)" daripada Gaza, yang dua daripadanya berjaya dipintas.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan