Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel lancar peluru berpandu ke selatan Syria

Israel melancarkan serangan peluru berpandu ke arah kedudukan tentera Syria yang dikuasai pemerintah dan sekutu-sekutunya awal Rabu (24 Jul), menurut laporan agensi berita Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel lancar peluru berpandu ke selatan Syria

Sempadan antara Bukit Golan dengan Syria dikawal oleh kenderaan ronda tentera Israel (Gambar: AFP/Jalaa Marey)

Diterbitkan : 24 Jul 2019 01:37PM Dikemas Kini : 24 Jul 2019 01:41PM

BEIRUT: Israel melancarkan serangan peluru berpandu ke arah kedudukan tentera Syria yang dikuasai pemerintah dan sekutu-sekutunya awal Rabu (24 Jul), menurut laporan agensi berita Syria.

Peluru berpandu tersebut dilancarkan ke arah selatan negara itu berdekatan Bukit Golan, kawasan yang ditakluki Israel.

"Musuh iaitu Israel melancarkan serangan selepas tengah malam ke atas kawasan Tall al-Hara," menurut agensi berita SANA pada Rabu, sambil menambah terdapat laporan berhubung kerosakan ke atas harta benda.

Serangan tersebut sebelum ini disifatkan "mungkin dilakukan Israel" oleh Badan Pemantau Hak Kemanusiaan Syria yang berpangkalan di Britain. Badan itu turut menyatakan serangan berkenaan menyasarkan Tall al-Hara di wilayah Daraa, selatan Damsyik dan dua daerah di wilayah Quneitrathe yang berdekatan.

"Pertahanan anti-pesawat rejim itu telah diaktifkan untuk menentang serangan itu," kata penguasa badan pemantau tersebut, Rami Abdel Rahmane.

"Beberapa peluru berpandu telah ditembak jatuh, yang lain menepati sasaran mereka."

Badan pemantau itu turut melaporkan "korban nyawa" tanpa memberikan butiran lanjut.

Israel melancarkan ratusan serangan udara ke atas Syria sejak permulaan konflik pada 2011, menyasarkan kuasa tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan sekutu-sekutu rejim itu, Iran dan Hezbollah.

Konflik Syria setakat ini mengorbankan lebih 370,000 nyawa dan melibatkan kuasa-kuasa dunia sejak ia bermula dengan penindasan kejam ke atas tunjuk perasaan anti-pemerintah.

Serangan Israel sebelum ini menyasarkan Tall al-Hara di mana Hezbollah memasang sistem radar dan rejim Syria telah mendirikan bateri anti-pesawat, menurut badan itu lagi.

Pada hujung Jun, enam orang awam dan sembilan pejuang pro-pemerintah terbunuh dalam serangan Israel berhampiran Damsyik dan di wilayah tengah Homs, tambahnya.

Israel menyatakan ia bertekad untuk menyekat seteru kuatnya Iran daripada memperkukuh kewujudan tenteranya di Syria, di mana Tehran menyokong rejim Assad.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan