Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel berkas lebih ramai anggota keluarga tahanan Palestin lolos penjara

Tentera Israel menahan lebih ramai anggota keluarga kepada enam tahanan rakyat Palestin yang melarikan diri dari Penjara Gilboa, utara Israel, Isnin lalu melalui lubang yang digali di bawah singki.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel berkas lebih ramai anggota keluarga tahanan Palestin lolos penjara

Tentera Israel di Jenin, Tebing Barat. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Sep 2021 05:20PM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 05:23PM

RAMALLAH: Tentera Israel menahan lebih ramai anggota keluarga kepada enam tahanan rakyat Palestin yang melarikan diri dari Penjara Gilboa, utara Israel, Isnin lalu melalui lubang yang digali di bawah singki.

Israel dilaporkan mengarahkan pemantauan dron, pos keselamatan di jalan raya dan operasi tentera di Jenin, Tebing Barat yang menjadi kampung halaman kepada sebahagian besar daripada tahanan berkenaan.

Dua saudara lelaki dan adik perempuan kepada Mahmud Ardah yang didakwa menjadi dalang kepada kejadian itu ditahan pagi tadi, menurut Kelab Tahanan Palestin.

Tentera juga telah menahan beberapa lagi saudara mara enam buruan itu pada Rabu, menurut kumpulan sokongan Palestin itu.

Semalam, Menteri Keselamatan Awam Israel, Omer Bar Lev berkata beliau dan Perdana Menteri, Naftali Bennett, bersetuju menubuhkan suruhanjaya siasatan yang diterajui seorang bekas hakim bagi menyiasat kejadian di Penjara Gilboa itu.

Rakyat Palestin menzahirkan sokongan kepada kumpulan tahanan yang lolos dengan mengadakan perarakan di Tebing Barat dan Carikan Gaza.

Malah, warga Palestin yang lain menyalakan api di beberapa penjara dalam beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan Perkhidmatan Penjara Israel menggantung hak lawatan dari 12 hingga 14 Septembr ini.

Satu injunksi Israel dikuatkuasakan bagi melarang penerbitan maklumat terperinci mengenai siasatan terhadap kes bolos berkenaan yang dianggap "memalukun" akibat kelemahan kawalan keselamatan penjara.

Sumber : AFP/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan