Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel benarkan 'eskport terhad' hasil pertanian dari Gaza

Israel pada Ahad (20 Jun) menyatakan ia akan membenarkan "eksport terhad" hasil pertanian dari Gaza, sebulan selepas gencatan senjata dengan pemerintah Hamas bagi mengakhiri konflik selama 11 hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel benarkan 'eskport terhad' hasil pertanian dari Gaza

Sebuah trak sarat dengan muatan bantuan kemanusiaan melalui Kerem Salom, menyeberangi ke Rafah di barat Carikan Gaza. (Gambar: SAID KHATIB/AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2021 09:14AM Dikemas Kini : 21 Jun 2021 09:20AM

BAITULMAKDIS: Israel pada Ahad (20 Jun) menyatakan ia akan membenarkan "eksport terhad" hasil pertanian dari Gaza, sebulan selepas gencatan senjata dengan pemerintah Hamas bagi mengakhiri konflik selama 11 hari.

Wilayah Mediterranean yang padat penduduk itu, yang didiami kira-kira dua juta penduduk Palestin, berada di bawah sekatan Israel sejak 2007.

Sekatan tambahan sejak keganasan sengit bulan lalu telah menyebabkan para petani Gaza tidak dapat mengeksport barangan seperti biasa sehingga menyebabkan hasil seperti tomato dan strawberi yang tidak terjual dan kejatuhan harga.

"Eksport hasil pertanian yang terhad dari Semenanjung Gaza" akan bermula pada Isnin, kata badan ketenteraan Israel yang menguruskan hal ehwal awam di wilayah Palestin, COGAT, dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa "tindakan awam ini, yang dipersetujui eselon politik, adalah bersyarat dan bergantung kepada pemeliharaan kestabilan keselamatan".

Barangan yang akan dibenarkan keluar dari Carikan Gaza akan melalui persimpangan Kerem Shalom.

Gencatan senjata, yang mengakhiri serangan udara Israel selama 11 hari dan bedilan roket dari Gaza, berkuat kuasa 21 Mei.

Konflik itu mengorbankan 260 warga Palestin termasuk beberapa pejuang, menurut pihak berkuasa Gaza. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan