Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ismail Sabri nafi terlibat penubuhan parti baru

Naib Presiden UMNO, Encik Ismail Sabri Yaakob, hari ini (27 Jun), menafikan akan menyertai atau terlibat dengan cadangan untuk menubuhkan parti baharu, kononnya dikenali sebagai Parti Reformasi Bersatu Negara yang tular di media sosial sejak Jumaat (26 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Ismail Sabri nafi terlibat penubuhan parti baru

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Jun 2020 01:13PM Dikemas Kini : 27 Jun 2020 01:16PM

PEKAN: Naib Presiden UMNO, Encik Ismail Sabri Yaakob, hari ini (27 Jun), menafikan akan menyertai atau terlibat dengan cadangan untuk menubuhkan parti baharu, kononnya dikenali sebagai Parti Reformasi Bersatu Negara yang tular di media sosial sejak Jumaat (26 Jun).

Menteri Kanan (Keselamatan) itu menegaskan bahawa dirinya setia bersama UMNO sejak lebih tiga dekad lalu, selain tidak pernah berbincang dengan sebilangan pemimpin yang dikaitkan akan turut menerajui parti baru itu.

"Hidup dan mati saya adalah bersama UMNO. Jika saya berhenti politik sekalipun, saya akan berhenti dalam UMNO. Tidak timbul isu saya menyertai parti lain. Ini bagi saya hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

"Saya pun hanya tahu mengenainya malam tadi, apabila ditanya orang... saya tidak tahu itu parti siapa atau siapa dan bagaimana nama saya berada di dalamnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra di Felda Chini 3 semalam.

Encik Ismail Sabri juga tidak menolak kemungkinan isu penubuhan parti itu ditimbulkan oleh pihak yang mahu menimbulkan persepsi tidak benar bahawa terdapat masalah dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau turut mengulas dakwaan namanya disenaraikan sebagai Timbalan Presiden parti yang kononnya dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, selain turut membariskan nama beberapa menteri dan pemimpin parti politik lain.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan