Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Irwan Serigar beri keterangan kepada SPRM; tepis dakwaan Guan Eng

Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini (10 Ogos) membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion dana amanah pembayaran balik GST.

Anggaran Waktu Membaca:
Irwan Serigar beri keterangan kepada SPRM; tepis dakwaan Guan Eng

Gambar fail.

Diterbitkan : 10 Aug 2018 07:11PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 07:17PM

PUTRAJAYA: Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini (10 Ogos) membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion (S$6.03 bilion) dana amanah pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Mohd Irwan Serigar yang memandu sendiri kenderaan Chevrolet berwarna hitam memasuki SPRM pada kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum keluar semula dua jam kemudian.

Ditanya wartawan mengenai laporan yang dibuat, Mohd Irwan Serigar berkata ia adalah laporan yang bertujuan untuk mendapatkan kebenaran kerana dakwaan bahawa RM18 bilion (S$6.03 bilion) hilang adalah tidak berasas.

"Petang ni saya akan buat laporan polis. SPRM beri jaminan akan siasat. Benda (duit) itu tidak hilang tetapi masuk dalam consolidated fund," katanya.

Ditanya sama ada beliau memberikan sebarang dokumen kepada SPRM, Mohd Irwan Serigar berkata semua dokumen berkaitan ada dengan Kementerian Kewangan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Rabu mendedahkan berlaku kekurangan RM18 bilion (S$6.03 bilion) dalam dana amanah pembayaran balik GST.

Mohd Irwan Serigar kemudian menafikan dakwaan itu.

Beliau menjelaskan semua hasil kutipan GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan sebelum disalurkan kepada tabung amanah untuk membayar tuntutan balik GST berdasarkan permintaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurutnya, prosedur tersebut termaktub di bawah Akta Prosedur Kewangan 1957 di mana maklumat itu boleh didapati daripada Jabatan Akauntan Negara dan Bahagian Fiskal, Kementerian Kewangan. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan