Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran umum akan sambung rundingan nuklear 'dalam masa terdekat'

Iran akan kembali ke meja rundingan untuk menyambung semula isu pematuhan terhadap komitmen perjanjian nuklear Iran 2015 "tidak lama lagi," kata Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahian kepada wartawan pada Jumaat (24 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Iran umum akan sambung rundingan nuklear 'dalam masa terdekat'

Bendera Iran berkibar di luar ibu pejabat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna, Austria pada 9 Sep 2019. (Gambar fail: REUTERS/Leonhard Foeger)

Diterbitkan : 25 Sep 2021 10:32AM Dikemas Kini : 25 Sep 2021 10:35AM

NEW YORK: Iran akan kembali ke meja rundingan untuk menyambung semula isu pematuhan terhadap komitmen perjanjian nuklear Iran 2015 "tidak lama lagi," kata Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahian kepada wartawan pada Jumaat (24 Sep).

"Republik Islam Iran akan kembali ke meja rundingan. Kami kini mengkaji fail rundingan Vienna dan tidak lama lagi, rundingan Iran dengan negara-negara 'empat tambah satu' akan bersambung semula," kata Encik Amir Abdollahian.

Beliau merujuk kepada rundingan yang dimulakan pada April antara Iran dengan lima negara lain yang masih di bawah perjanjian 2015 - Britain, China, Perancis, Jerman dan Rusia. Diplomat Eropah berperanan sebagai ketua perantara antara Washington dengan Tehran, yang enggan berunding secara langsung dengan pegawai Amerika Syarikat.

Di bawah perjanjian itu Iran mengehadkan program pengayaan uraniumnya, yang didakwa boleh menghasilan senjata nuklear, sebagai ganti bagi sekatan ekonomi ditarik balik. Amerika di bawah pentadbiran Donald Trump umum menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018 dan menguatkuasakan semula sekatan, melumpuhkan ekonomi Iran dan mendorong Iran mengambil langkah-langkah untuk melanggar batas nuklearnya.

Bercakap di luar Perhimpunan Agung PBB, menteri luar itu juga menggambarkan perbincangan antara pegawai Iran dengan Arab Saudi sebagai "membina" dan menambah Tehran sudahpun mengemukakan cadangan dinamik untuk mencapai keamanan di Yaman.

Di bawah pentadbiran Joe Biden, Washington mengumumkan hasrat untuk kembali menyertai rundingan itu.

Iran mahu Amerika menarik semula sekatan ekonomi dikenakan ke atasnya sebelum mematuhi semua komitmennya kepada perjanjian berkenaan.

"Dari Rumah Putih, kami kerap menerima mesej diplomatik yang saling bercanggah, kata Encik Amir Abdollahian.

"Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami tidak melihat walau sedikit pun tindakan positif dari pentadbiran Amerika Syarikat." 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan