Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran temui medan minyak baru, simpanan 53 juta tong minyak mentah

Iran menemui medan minyak baru yang mengandungi simpanan minyak sebanyak 53 bilion tong, kata Presiden Hassan Rouhani pada Ahad (10 Nov). Penemuan itu akan meningkatkan simpanannya sebanyak lebih sepertiga.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran temui medan minyak baru, simpanan 53 juta tong minyak mentah

Iran di antara pengeluar minyak terunggul di dunia tetapi gagal untuk menjual minyak mentahnya di bawah sekatan Amerika Syarikat. (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 10 Nov 2019 10:04PM Dikemas Kini : 10 Nov 2019 10:07PM

TEHRAN: Iran menemui medan minyak baru yang mengandungi simpanan minyak sebanyak 53 bilion tong, kata Presiden Hassan Rouhani pada Ahad (10 Nov). Penemuan itu akan meningkatkan simpanannya sebanyak lebih sepertiga.

Medan minyak tersebut meliputi kawasan seluas 2,400 kilometer persegi dan terletak di wilayah Khuzestan di barat daya Iran, menurut Presiden Rouhani dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen negara.

"Ini adalah hadiah kecil daripada pemerintah kepada rakyat Iran," katanya.

Syarikat gergasi tenaga BP menganggarkan penemuan tersebut akan menambah simpanan minyak negara anggota OPEC itu, sebanyak 34 peratus kepada 155.6 bilion tong minyak mentah.

Iran adalah anggota pengasas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC)
dan mempunyai simpanan minyak keempat terbesar dunia selain menjadi negara kedua terbesar dunia mempunyai simpanan gas asli.

Bagaimanapun, ia bergelut untuk menjual minyaknya sejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 yang penting dan melaksanakan semula sekatan sepihak ke atas Iran.

Pihak-pihak lain yang kekal dalam perjanjian nuklear tersebut - Britain, China, Perancis, Jerman dan Rusia - sudahpun berusaha menyelamatkannya tetapi usaha mereka sejauh ini tidak membuahkan hasil.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan