Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran, Syria perkukuh kerjasama pertahanan

Iran memperkukuh hubungannya dengan Syria menerusi kunjungan Menteri Pertahanannya Amir Hatami ke negara berkenaan pada Ahad (26 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Iran, Syria perkukuh kerjasama pertahanan

Amir Hatami (kiri) bertemu Bashar al Assad di Damsyik, Syria. (Gambar: Syrian Arab News Agency (SANA)/REUTERS)

Diterbitkan : 27 Aug 2018 10:36AM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 10:41AM

DAMSYIK: Iran memperkukuh hubungannya dengan Syria menerusi kunjungan Menteri Pertahanannya Amir Hatami ke negara berkenaan pada Ahad (26 Ogos).

Menukil agensi berita, Astro Awani melaporkan kunjungan dua hari Hatami itu turut dijangka memuktamadkan beberapa perjanjian termasuk berhubung ketenteraan dan pertahanan baru melibatkan kedua-dua negara.

Hatami memaklumkan, Iran akan terus menyokong pemerintah Syria bagi memastikan keselamatan di rantau itu dipertingkatkan.

Menurut Astro Awani lagi, Hatami menegaskan kerjasama antara kedua-dua negara berkenaan tidak akan ditentukan kuasa asing.

"Bukan saja rakyat rantau ini, tetapi rakyat dunia turut terhutang budi kepada pertempuran terhadap pengganas di Syria," Hatami dilaporkan berkata kepada Presiden Syria Bashar al-Assad dalam satu pertemuan pada Ahad, seperti ditukil Astro Awani.

Israel sebelum ini melahirkan kegusarannya berhubung pengaruh Iran di Syria dengan menuduh republik itu cuba memperkukuhkan ketenteraannya dekat sempadan Israel.

Sementara itu, sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat terus menekan Iran supaya mengundurkan tenteranya dari Syria.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan