Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran sahkan 3 lagi pesakit positif COVID-19 susuli 2 kematian

Iran mengesahkan tiga lagi kes COVID-19 di negara itu selepas melaporkan kematian dua pesakitnya di bandar Qom, kelmarin (19 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
Iran sahkan 3 lagi pesakit positif COVID-19 susuli 2 kematian

Wanita-wanita rakyat Iran memakai pelitup ketika bersiar-siar di ibu kota Tehran. (Gambar: ATTA KENARE/AFP)

Diterbitkan : 21 Feb 2020 05:17PM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 05:19PM

TEHRAN: Iran mengesahkan tiga lagi kes COVID-19 di negara itu selepas melaporkan kematian dua pesakitnya di bandar Qom, kelmarin (19 Feb).

Kementerian Kesihatan Iran menyatakan dua daripada tiga pesakit baru itu juga penduduk Qom manakala seorang lagi di bandar Arak.

Pemerintah Iran akan menubuhkan sebuah badan peringkat tinggi bagi memerangi penularan virus tersebut.

Di media sosial, beberapa rakyat Iran menuduh pemerintah mereka cuba menyembunyikan tentang penularan COVID-19 itu bagi mengelakkan rasa cemas orang ramai menjelang pilihan raya umum hari ini (21 Feb).

Sementara itu, Iraq mengenakan sekatan perjalanan antara kedua-dua negara.

Semua tempat lintasan di sempadannya dengan Iran ditutup kecuali bagi rakyat Iraq yang pulang dari Iran.

Syarikat Kuwait Airways pula akan menggantung semua penerbangannya ke Iran.

Kuwait juga menasihati rakyatnya supaya jangan berkunjung ke bandar Qom. 

Sumber : AFP/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan