Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran sahkan 3 lagi kematian virus COVID-19: Laporan

Tiga lagi warga Iran yang dijangkiti COVID-19 meninggal dunia, laman web media Eghtesaonline melaporkan pada Selasa (25 Feb), menjadikan angka korban di republik itu kepada 15- jumlah kematian tertinggi berlaku di luar China.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran sahkan 3 lagi kematian virus COVID-19: Laporan

Wanita-wanita rakyat Iran memakai pelitup ketika bersiar-siar di ibu kota Tehran. (Gambar: ATTA KENARE/AFP)

Diterbitkan : 25 Feb 2020 05:18PM Dikemas Kini : 25 Feb 2020 05:23PM

DUBAI: Tiga lagi warga Iran yang dijangkiti COVID-19 meninggal dunia, laman web media Eghtesaonline melaporkan pada Selasa (25 Feb), menjadikan angka korban di republik itu kepada 15 - jumlah kematian tertinggi berlaku di luar China.

"Ujian menunjukkan mereka dijangkiti virus korona baru itu," kata ketua Universiti Sains Perubatan Saveh, menurut laman web tersebut.

Pada Isnin, kementerian kesihatan mengumumkan 61 orang dijangkiti virus tersebut di Iran. Para pemimpin Iran sedang berusaha untuk mengekang penularan virus itu sejak Rabu, apabila Tehran mengesahkan dua kematian pertamanya di kota Qom.

Pihak berkuasa mengarahkan penganjuran konsert dibatalkandi seluruh negara konsert manakala sekolah, universiti, serta kompleks sukan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Pemerintah Iran pada Isnin menafikan dakwaan jumlah kematian sebenar mungkin setinggi 50 orang, dan pihaknya sengaja menyembunyikan keadaan sebenar.

Tambahnya, ia berikrar akan bersikap telus dalam mengenai penularan virus itu.

Kuwait pada Selasa mengumumkan tiga lagi rakyatnya dijangkiti COVID-19 selepas mereka kembali dari Iran.

Tiga pesakit baru itu berada dalam keadaan stabil dan dikuarantin, menjadikan jumlah kes di Kuwait kepada lapan, lapor agensi berita rasmi KUNA.

Banyak negara jiran Iran melaporkan kes jangkitan dalam kalangan warga mereka yang pernah melakukan perjalanan ke Iran. Turki, Iraq, Pakistan dan Afghanistan memperluas sekatan masuk atau menutup sempadan mereka dalam usaha untuk mencegah penularan COVID-19.

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai menggantung semua penerbangan keluar masuk dari Iran pada Selasa, kecuali ke ibu kota Tehran.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan