Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran laksana langkah kepungan bendung gelombang keempat COVID-19

Hampir seluruh negara Iran dikenakan langkah kepungan selama 10 hari mulai Ahad (11 Apr) bagi membendung gelombang keempat penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran laksana langkah kepungan bendung gelombang keempat COVID-19

Orang ramai di Bazar Tehran di Iran pada 6 Apr 2021 (Gambar: Majid Asgaripour/WANA via REUTERS)

Diterbitkan : 11 Apr 2021 05:43PM Dikemas Kini : 11 Apr 2021 05:55PM

TEHRAN: Hampir seluruh negara Iran dikenakan langkah kepungan selama 10 hari mulai Ahad (11 Apr) bagi membendung gelombang keempat penularan COVID-19.

Perniagaan, sekolah, pawagam dan kemudahan sukan ditutup.

Orang ramai juga dilarang mengadakan pertemuan beramai-ramai semasa bulan Ramadan.

Ibu kota Tehran dan 250 lagi bandar telah diisytiharkan sebagai zon merah, kawasan berisiko tinggi.

Secara keseluruhannya jumlah kes COVID-19 di Iran sudah melepasi 2 juta.

Sejak minggu lalu jumlah kesnya bertambah purata lebih 20,000 sehari, sebahagian besarnya dari varian yang pertama kali dikesan di Britain.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan