Iran kecam Amerika Syarikat kerana "membuli" Turki
Menurut Encik Zarif di Twitter, "kegembiraan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan sekatan ekonomi terhadap sekutu NATO itu adalah memalukan".
TEHRAN: Menteri Ehwal Luar Iran, Mohammad Javad Zarif pada Sabtu (11 Ogos) bertindak masuk campur dalam pertikaian antara Turkey dengan Amerika Syarikat, menuduh Washington "terlalu ketagih mengenakan sekatan dan membuli negara-negara lain".
Menurut Encik Zarif di Twitter, "kegembiraan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan sekatan ekonomi terhadap sekutu NATO itu adalah memalukan".
Menurut Encik Trump pada Jumaat (10 Ogos) beliau menggandakan tarif keluli dan aluminium terhadap Turki sebagai sebahagian daripada perbalahan berterusan terhadap penahanan paderi warga Amerika, Andrew Brunson dan isu-isu lain.
Ketegangan tersebut menjejas lira Turki, yang menjunam sebanyak 16 peratus, pada hari Jumaat (10 Ogos), dengan Encik Trump menulis di Twitter bahawa mata wang itu kian merosot "dengan pantas berbanding Dolar kita yang sangat kuat!"
Iran turut mengalami kemerosotan besar dalam mata wangnya tahun ini. Ia sebahagiannya disebabkan oleh sekatan yang dikuatkuasakan Amerika Syarikat selepas Encik Trump mengabaikan perjanjian nuklear 2015 yang penting, dengan mata wang rial kehilangan sekitar separuh nilainya terhadap dolar sejak April.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.