Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran desak Pakistan buru militan yang bunuh 27 Pengawal Revolusi atau....

Iran menggesa negara jirannya, Pakistan, memburu militan yang membunuh 27 anggota Pengawal Revolusi dalam serangan berhampiran sempadan atau terima tindakan ketenteraan dari Tehran untuk "menghukum pengganas", menurut media tempatan hari ini (16 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Iran desak Pakistan buru militan yang bunuh 27 Pengawal Revolusi atau....

Tempat kejadian Pengawal Revolusi diserang pengebom nekad pada 13 Feb (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 05:53PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 05:59PM

DUBAI: Iran menggesa negara jirannya, Pakistan, memburu militan yang membunuh 27 anggota Pengawal Revolusi dalam serangan berhampiran sempadan atau terima tindakan ketenteraan dari Tehran untuk "menghukum pengganas", menurut media tempatan hari ini (16 Feb).

“Jika Pakistan tidak menjalankan tanggungjawabnya, Iran berhak memerangi ancaman di sempadan, berdasarkan undang-undang antarabangsa dan akan bertindak untuk menghukum pengganas,” komander Pengawal Revolusi, Mejar Jeneral Mohammad Ali Jafari, dipetik sebagai berkata oleh agensi berita IRNA.

Seorang pengebom nekad membunuh 27 anggota Pengawal Revolusi Rabu lalu (13 Feb) di wilayah tenggara negara itu yang menyaksikan pasukan elit berkenaan berhadapan serangan meningkat oleh minoriti Sunnah di Iran.

Kumpulan Jaish al Adl (Tentera Keadilan), yang menuntut hak dan kehidupan lebih baik bagi etnik minoriti Baluchis, mendakwa melancarkan serangan.

Pihak berkuasa Iran berkata, kumpulan militan beroperasi dari tempat persembunyian di Pakistan dan sudah berulang kali menggesa negara jiran itu menghapuskan mereka.

Pada masa lalu, Iran menuduh seteru serantaunya, Arab Saudi, menyokong kumpulan militan Sunnah yang menyerang pasukan keselamatannya. Riyadh menafikan dakwaan tersebut.

Sumber : Reuters/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan