Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran akan pertahankan diri terhadap sebarang tindakan agresif ekonomi

Menteri Luar Iran Mohamad Javad Zarif berkata, Iran akan mempertahankan diri terhadap sebarang serangan tentera atau tindakan agresif ekonomi.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran akan pertahankan diri terhadap sebarang tindakan agresif ekonomi

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 27 May 2019 09:31AM Dikemas Kini : 27 May 2019 09:34AM

TEHRAN: Menteri Luar Iran Mohamad Javad Zarif berkata, Iran akan mempertahankan diri terhadap sebarang serangan tentera atau tindakan agresif ekonomi.

Beliau juga menggesa negara-negara Eropah untuk melakukan lebih banyak usaha bagi memelihara perjanjian nuklear yang sudah ditandatangani dengan Iran.
Encik Zarif berkata demikian di satu sidang akhbar yang diadakan di Baghdad bersama rakan sejawatannya dari Iraq, Encik Mohammed al-Hakim.

Beliau menegaskan, Iran mahu membina hubungan yang harmoni dengan negara-negara jiran Teluk Arab dan ia telah mengusulkan untuk menandatangani perjanjian dengan negara-negara itu untuk tidak melakukan sebarang tindakan agresif antara satu sama lain.

Kenyataan beliau itu dibuat di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara Iran dengan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat menuduh Iran sebagai dalang di sebalik serangan yang berlaku ke atas beberapa kapal tangki di rantau itu.

Amerika sudah menghantar sebuah kapal induk dan lagi 1,500 tentera ke rantau itu.

Kedua-dua negara tidak mengingkan peperangan namun para pegawai keselamatan dan pengamat memberi amaran bahawa satu insiden kecil boleh mencetuskan keganasan baru di rantau itu.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan