Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

IOC kekalkan larangan ke atas Rusia

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebulat suara mengundi hari ini (25 Feb) untuk kekal menggantung Rusia daripada menyertai gerakan Olimpik berikutan kes pengambilan dadah besar-besaran.

Anggaran Waktu Membaca:
IOC kekalkan larangan ke atas Rusia

Nadezhda Sergeyeva terbabit dalam kes penipuan dadah kedua Rusia di Pyeongchang. (Gambar: MARK RALSTON/AFP)

Diterbitkan : 25 Feb 2018 12:49PM Dikemas Kini : 25 Feb 2018 12:53PM

PYEONGCHANG: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebulat suara mengundi hari ini (25 Feb) untuk kekal menggantung Rusia daripada menyertai gerakan Olimpik berikutan kes pengambilan dadah besar-besaran.

Ini bermakna para atlit Rusia tidak dapat berarak dengan bendera negara mereka di majlis penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk malam ini tetapi ia menyatakan penggantungan itu mungkin dibatalkan kelak sekiranya tiada lagi atlitnya yang diuji positif mengambil dadah di termasya itu. Ini selepas dua atlit Rusia diuji positif mengambil dadah di Pyeongchang.

Disember lalu, Rusia dilarang menyertai Olimpik 2018 selepas IOC menemukan bukti tentang penipuan dadah secara besar-besaran tetapi 168 atlit Rusia yang “bersih” daripada dadah dibenarkan bertanding sebagai atlit neutral.

Mereka mewakili “Atlit-Atlit Olimpik dari Rusia” di bawah syarat-syarat yang ketat termasuk bersaing tanpa bendera negara, lambang dan juga lagu kebangsaan mereka.

Undian untuk kekalkan larangan itu menyusuli saranan lembaga eksekutif IOC yang mengadakan pertemuan semalam (24 Feb) dan awal pagi tadi.

IOC “boleh mempertimbangkan untuk membatalkan penggantungan itu memandangkan Atlit-Atlit Olimpik dari Rusia (OAR) menghormati keputusan IOC yang ditetapkan pada 5 Disember,” kata presiden IOC, Thomas Bach.

“Bagaimanapun, terdapat dua atlit Rusia yang diuji positif mengambil dadah di Pyeongchang.

“Ini sangat mengecewakan maka itu tidak membolehkan IOC untuki membatalkan penggantungan ke atas Rusia bagi majlis penutup.” 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan