Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Instagram lancar ciri baru gunakan AI, bantu cegah gejala buli

Instagram bakal memperkenalkan ciri-ciri baru yang bertujuan mencegah gejala buli siber.

Anggaran Waktu Membaca:
Instagram lancar ciri baru gunakan AI, bantu cegah gejala buli

(Gambar: LOIC VENANCE/AFP)

Diterbitkan : 10 Jul 2019 12:20AM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 12:28AM

WASHINGTON: Instagram bakal memperkenalkan ciri-ciri baru yang bertujuan mencegah gejala buli siber. Demikian diumumkan wadah milik Facebook itu pada Isnin (8 Jul). Langkah itu dibuat sedang gergasi media sosial berdepan peningkatan dalam pengawasan terhadap kes-kes gangguan yang dihadapi ramai pengguna.

Terdapat banyak gesaan yang di seluruh dunia untuk meningkatkan pengawasan wadah-wadah seperti Facebook dan Twitter di tengah-tengah kritikan meluas terhadap pembulian serta penyebaran ucapan kebencian dan berita palsu.

Instagram, yang mempunyai lebih satu bilion pengguna merata dunia, adalah sebuah wadah yang tertumpu kepada gambar di mana pengguna boleh memuat naik gambar atau video dan ia kemudian boleh dikomen oleh para pengguna lain.

Syarikat itu menyatakan ia sudahpun menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memantau kegiatan buli serta kandungan berbahaya. Kini, ia akan menggunakan teknologi tersebut untuk mengesan apabila pengguna mahu memuat naik sesuatu yang berbaur ofensif dan mengeluarkan amaran.

Ciri baru lain dipanggil 'Restrict' pula menyasar untuk menghadekan komen-komen kesat di urutan kemas kini pengguna.

Ciri baru itu, apabila diaktifkan oleh pengguna, akan menghadkan entri yang dimuat naik oleh individu berhasad dengki mampu dilihat oleh dirinya sahaja.

"Orang yang dikenakan ciri 'Restricted' tidak akan dapat melihat sama ada anda aktif di Instagram ataupun jika anda sudah membaca mesej peribadinya kepada anda," jelas Ketua Instagram Adam Mosseri.

Tindakan Instagram itu adalah yang terkini dalam siri langkah diambil oleh rangkaian sosial untuk melindungi para penggunanya terutama mereka daripada segmen masyarakat lebih muda.

Menurut tinjauan yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Pew tahun lalu, 72 peratus remaja Amerika Syarikat berkata mereka menggunakan Instagram.

Buli hanyalah satu daripada banyak bidang di mana gergasi media sosial berdepan dengan pengawasan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Terdapat banyak gesaan untuk pengawalan wadah sedemikian terhadap penyebaran ucapan kebencian dan berita palsu - termasuk tuduhan-tuduhan ke atas negara yang menggunakan media sosial untuk cuba mempengaruhi pilihan raya di negara-negara saingan - serta lebih banyak penyeliaan tentang cara bagaimana mereka mengumpulkan dan menggunakan maklumat pelanggan.

Syarikat-syarikat seperti Facebook, sebagai tindak balas, melancarkan perubahan dasar dan ciri-ciri yang bertujuan meningkatkan ketelusan selain keselamatan.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan