Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Instagram ambil langkah padamkan akaun gay yang dipertikaikan di Indonesia

Instagram pada Rabu (13 Feb)memadamkan sebuah akaun yang menerbitkan paparan komik tentang pergelutan harian seorang Muslim gay di Indonesia. Langkah itu diambil Instagram setelah komik tersebut menimbulkan tindak balas daripada penduduk Muslim.

Anggaran Waktu Membaca:
Instagram ambil langkah padamkan akaun gay yang dipertikaikan di Indonesia

(Gambar hiasan: Damian Dovarganes/AP)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 01:04AM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 03:26AM

JAKARTA: Instagram pada Rabu (13 Feb)memadamkan sebuah akaun yang menerbitkan paparan komik tentang pergelutan harian seorang Muslim gay di Indonesia. Langkah itu diambil Instagram setelah komik tersebut menimbulkan tindak balas daripada penduduk Muslim.

Kementerian perhubungan Indonesia sebelum itu mengutus sepucuk surat kepada syarikat Instagram, memberi amaran kepada gergasi media sosial itu bahawa kandungan "pornografi" tersebut melanggar undang-undang maklumat elektronik di negara itu.

Akaun yang dipadamkan itu mempunyai sekitar 6,000 pengikut di Instagram. Ia sebelum itu menerbitkan belasan catatan yang menggambarkan seorang lelaki Muslim bernama Alpantuni yang menulis tentang diskriminasi serta kehidupannya dalam keluarga konservatif.

"Keluarga saya sangat warak. Saya perlu solat lima kali sehari, tetapi saya ada satu rahsia," menurut watak dalam salah satu komik yang kini sudah dipadamkan itu.

"Saya sangat warak di hadapan orang lain, tetapi secara privet saya gay," bunyi catatan itu lagi.

Komik tersebut menimbulkan perbincangan hangat di wadah online dengan sebilangan pihak konservatif melabelnya sebagai tidak bermoral.

"Tolong padamkan akaun ini dan letakkan sesiapa yang mengendalikannya ke penjara - ini tidak sopan," tulis seorang pengguna Instagram. "Ini bukan sahaja menghina Islam, tetapi ia juga merosakkan moral."

Homoseks tidak diharamkan di Indonesia kecuali di Aceh yang melaksanakan undang-undang Syariah. Namun demikian tindak balas terhadap masyarakat LGBT dikatakan semakin meningkat dengan hubungan kaum sejenis dibenci di negara itu.

Pada Oktober lalu, seorang lelaki Indonesia diberkas kerana mengendalikan laman Facebook untuk golongan gay.

Tahun lalu juga, Google menarik balik laman Blued - salah sebuah app berpacaran gay yang terbesar di dunia - daripada Google Play versi Indonesia sebagai memenuhi tuntutan daripada pihak berkuasa Indonesia.

Sumber : AFP/DY/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan