Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Insiden tembakan Christchurch: Polis sahkan beberapa kematian di 2 masjid, 1 orang ditahan

Polis New Zealand mengesahkan beberapa kematian menyusuli insiden-insiden tembakan di dua masjid di Christchurch pada waktu solat Jumaat hari ini (15 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Insiden tembakan Christchurch: Polis sahkan beberapa kematian di 2 masjid, 1 orang ditahan

Polis bersenjata di tempat kejadian. (Gambar: @fzc22/Twitter)

Diterbitkan : 15 Mar 2019 12:10PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 12:16PM

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand mengesahkan beberapa kematian menyusuli insiden-insiden tembakan di dua masjid di Christchurch pada waktu solat Jumaat hari ini (15 Mac).

Seorang individu sudahpun ditahan, dedah Pesuruhjaya Polis Mike Bush dalam kenyataannya, sambil menambah bahawa polis belum dapat memastikan sama ada terdapat individu-individu lain yang terlibat ataupun terdapat kawasan-kawasan lain yang turut menjadi sasaran.

Beliau juga memberi amaran kepada para jemaah supaya jangan pergi ke masjid-masjid di New Zealand buat masa ini.

Media tempatan turut melaporkan bahawa sehingga enam mangsa ditembak mati dan bandar di South Island sudah ditutup sedang polis memburu "penembak aktif."

"Polis sedang bertindak dengan sepenuh keupayaannya untuk menangani situasi, tetapi risiko di kawasan sekeliling masih sangat tinggi."

Masjid Al Noor penuh sesak dengan para jemaah ketika insiden berlaku.

Salah seorang saksi memberitahu stuff.co.nz bahawa beliau sedang mendirikan solat di masjid yang terletak di Deans Ave itu apabila terdengar tembakan dan menemui isterinya mati di kaki lima di luar masjid ketika dia cuba melarikan diri.

Seorang lagi lelaki berkata bahawa beliau ternampak kanak-kanak ditembak.

"Terdapat mayat-mayat di sana sini," kata beliau.

Media tempatan juga melaporkan bahawa seorang penembak melepaskan tembakan secara rambang dalam masjid di Hagley Park di Christchurch. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa polis bersenjata turut dilihat di sebuah lagi masjid di kawasan luar bandar Linwood. 

Polis menasihati penduduk bandar agar jangan keluar rumah sedang kesemua sekolah dan bangunan ditutup. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan