Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Insiden tebusan AS berakhir selepas 3 jam; lelaki 28 tahun serah diri

Polis Los Angeles menangkap seorang lelaki bersenjata yang menahan 40 orang tebusan 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jul 2018 10:58PM Dikemas Kini : 22 Jul 2018 11:03PM

LOS ANGELES: Pihak polis Los Angeles menangkap seorang lelaki bersenjata yang menahan 40 orang tebusan di dalam sebuah kedai runcit, selama tiga jam.

Lelaki 28 tahun itu, melarikan diri ke dalam kedai setelah dikejar polis kerana disyaki menembak neneknya dan seorang wanita di dua tempat berasingan.

Semasa berada di dalam kedai tersebut, dia berbalas tembakan dengan para anggota polis dan menembak mati seorang wanita.

Lelaki berkenaan mengalami kecederaan di lengan dan kemudian menyerah diri selepas berunding selama tiga jam dengan pihak polis.

Sumber : CNA/NF/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan