Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Insiden bas RapidKL: Pemandu positif dadah

Pemandu bas henti-henti milik RapidKL yang merempuh tujuh kenderaan di Ampang didapati memandu di bawah pengaruh dadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Insiden bas RapidKL: Pemandu positif dadah

Pemandu dalam insiden bas RapidKL disahkan positif dadah. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Aug 2018 09:52AM Dikemas Kini : 18 Aug 2018 09:59AM

KUALA LUMPUR: Pemandu bas henti-henti milik RapidKL yang merempuh tujuh kenderaan di Ampang didapati memandu di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata hasil pemeriksaan, pemandu berkenaan didapati positif dadah jenis metamfetamin.

"Ketika kejadian lelaki berkenaan memandu di bawah pengaruh dadah… kes ini turut disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di bawah Kontinjen Selangor.

"Kita juga akan menyemak sama ada pemandu bas berusia 32 tahun itu memiliki rekod jenayah lampau melibatkan dadah," kata Encik Mazlan.

Beliau menambah, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Dalam kejadian pada sekitar 8.00 malam itu, sebanyak tujuh kenderaan rosak teruk selepas dirempuh sebuah bas dipandu seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang.

Video insiden tersebut turut tular di media sosial.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan