Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ini peluang Melayu menebus maruah, kata Mahathir

Dalam amanat terakhirnya menjelang PRU ke-14 esok (9 Mei), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya kali ini bukan sekadar memilih parti politik, terutama sekali bagi orang Melayu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini peluang Melayu menebus maruah, kata Mahathir

Petikan skrin siaran langsung di Facebook.

Diterbitkan : 08 May 2018 11:16PM Dikemas Kini : 08 May 2018 11:19PM

LANGKAWI: Dalam ceramah terakhirnya menjelang PRU ke-14 esok (9 Mei), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya kali ini bukan sekadar memilih parti politik, terutama sekali bagi orang Melayu.

Bagi beliau, ia peluang untuk orang Melayu menebus kembali maruah bangsa yang didakwanya dijatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, lapor Malaysiakini.

"Bagi orang Melayu, PRU ini bukan semata-mata untuk mencari kemenangan bagi parti politik tetapi juga untuk menebus maruah bangsa.

"Ibu bapa kita dahulu berjuang untuk membebaskan kita dari belenggu penjajahan, sekaligus maruah kita tertebus dan kita menjadi bangsa yang berdaulat yang menentukan nasib kita sendiri," kata beliau di Langkawi.

Beliau mendakwa bahawa pentadbiran PM Najib membawa malapetaka sehingga menyebabkan negara gagal mencapai status negara maju pada 2020, lapor Malaysiakini.

"Daripada perjuangan untuk bangsa, negara dan agama, Najib membawa kepercayaan segala-galanya boleh dibeli dengan wang.

"Kita hanya boleh pulihkan maruah kita dengan menukar kerajaan, diganti oleh parti yang terhad kuasanya sehingga tidak mungkin kuasa disalahguna seperti sekarang," kata beliau lagi.

Malaysiakini melaporkan bahawa selain siaran langsung di Facebook, ucapan itu turut ditayangkan di program-program Pakatan Harapan di seluruh negara.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan