Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ini dia 'penyampai berita AI' pertama di dunia

Sebuah agensi berita di China baru-baru ini memperkenalkan seorang penyampai berita baru, namun beliau bukanlah seperti penyampai berita yang lain. Penyampai berita ini sebenarnya bukan seorang manusia, sebaliknya sejenis Kecerdasan Buatan (AI)!

Anggaran Waktu Membaca:
Ini dia 'penyampai berita AI' pertama di dunia

Agensi berita Xinhua melancarkan penyampai berita AI yang disebut-sebut sebagai adalah pertama seumpamanya di dunia. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 03:07PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 03:34PM

CHINA: Sebuah agensi berita di China baru-baru ini memperkenalkan seorang penyampai berita baru, namun beliau bukanlah seperti penyampai berita yang lain. Penyampai berita ini sebenarnya bukan seorang manusia, sebaliknya sejenis Kecerdasan Buatan (AI)!

Langkah agensi berita Xinhua melancarkan penyampai berita AI itu, dan disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.

Dikenali sebagai 'Penyampai Berita AI Bahasa Inggeris' atau 'English AI Anchor', ia dilancarkan pada 8 November di Persidangan Internet Sedunia yang diadakan di wilayah Zhejiang, di bahagian timur China.

Wajah AI itu seiras dengan Zhang Zhao, seorang penyampai berita agensi tersebut. Menurut laporan CNBC, ia juga belajar daripada video-video siaran langsung dan berupaya bertugas selama 24 jam sehari, membuat liputan berita menerusi media sosial dan laman berita Xinhua.

"Ia belajar sendiri daripada video-video yang disiarkan secara langsung dan boleh membaca teks seperti seorang penyampai berita yang berpengalaman," menurut agensi berita itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan online.

Xinhua's first English #AI anchor makes debut at the World Internet Conference that opens in Wuzhen, China Wednesday pic.twitter.com/HOkWnnfHdW

— China Xinhua News (@XHNews) November 7, 2018

"Kemajuan dalam industri media merangsang inovasi yang berterusan dan penyepaduan yang mendalam dengan teknologi-teknologi antarabangsa yang canggih," kata penyampai berita AI itu dalam siarannya yang pertama, seperti yang dipetik oleh CNBC.

"Saya akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan anda perkembangan terkini kerana teks akan ditaip ke dalam sistem saya tanpa henti. Saya mengalu-alukan peluang untuk memberikan anda pengalaman berita yang baru ini."

Menurut laporan CNBC, Xinhua membangunkan robot tersebut dengan syarikat enjin carian China, Sogou.com, dan ia sudahpun memuat naik dua laporan yang disampaikan oleh penyampai berita AI itu di laman Twitternya.

"Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada semua wartawan di merata negara. Sebagai penyampai berita AI yang sedang dihasilkan, saya tahu ada banyak bidang yang harus saya perbaiki," katanya.

Keprihatinan yang semakin meningkat terhadap industri AI termasuk kehilangan pekerjaan dan diskriminasi yang tidak diingini. Bagaimanapun, syarikat penyelidikan Gartner meramalkan bahawa industri tersebut sebaliknya akan mewujudkan 2.3 juta pekerjaan dan menghapuskan 1.8 juta pekerjaan menjelang tahun 2020.

Industri itu boleh menjana lebih AS$3.9 trilion (S$5.37 trilion) dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut Gartner, dengan syarikat-syarikat seperti Apple dan Coinbase menggunakan teknologi itu untuk merekrut pekerja baru di mana para jurutera sofwe menjalani temu duga secara online menerusi platform AI, Triplebyte. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan