Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ingin terus bebas COVID-19? Elak adakan hubungan intim, nasihat jabatan kesihatan Thai

Para pegawai kesihatan Thailand terus memperketat protokol kesihatan dan keselamatan untuk menangani kes COVID-19 yang meningkat di negara itu, sedang jumlah harian kekal melebihi 2,000.

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin terus bebas COVID-19? Elak adakan hubungan intim, nasihat jabatan kesihatan Thai

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 08:34PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 08:35PM

KUALA LUMPUR: Para pegawai kesihatan Thailand terus memperketat protokol kesihatan dan keselamatan untuk menangani kes COVID-19 yang meningkat di negara itu, sedang jumlah harian kekal melebihi 2,000.

Selain langkah memakai pelitup dan menjaga jarak selamat, jabatan kesihatan turut memberikan nasihat baru dalam usaha memerangi wabak tersebut.

Pengarah kesihatan, Dr Peerayuth Sanukul baru-baru ini mengesyorkan pasangan kekasih dan suami isteri supaya mengelakkan hubungan intim sekiranya terdapat risiko jangkitan COVID-19.

Beliau dilaporkan oleh Thai PBS World sebagai memberitahu orang ramai supaya elak mengadakan hubungan seks dengan orang yang tidak dikenali buat masa ini.

"Melakukan hubungan seks semasa pandemik COVID-19 adalah satu risiko kesihatan, maka itu, mereka patut pertimbangkan risiko dan akibat ke atas diri sendiri dan orang lain dalam masyarakat sebelum mengadakan hubungan intim."

Kata beliau lagi jika seseorang sudah diuji positif atau sedang menantikan keputusan ujian, mereka seharusnya elak daripada melakukan seks sehingga disahkan bebas jangkitan.

Awal minggu ini, perdana menteri Thailand Prayuth Chan-ocha meminta maaf dan mengaku bertanggungjawab atas kelengahan melaksanakan program vaksinasi COVID-19 di negara tersebut.

Setakat ini, lebih lima juta daripada hampir 70 juta penduduk Thailand sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sumber : Today/MALAY MAIL/TQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan