Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ingin pinjam RM5,000 tetapi rugi sekitar RM73,000

Hanya kerana ingin meminjam RM5,000 (S$1,660), seorang lelaki kerugian RM72, 999 (S$24,280) selepas membuat 47 urus niaga pembayaran sejak Mei 2018 hingga 1 Mac 2019 bagi mendapatkan wang pinjaman itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin pinjam RM5,000 tetapi rugi sekitar RM73,000

Gambar fail wang kertas Ringgit Malaysia. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 03 Mar 2019 10:14PM Dikemas Kini : 03 Mar 2019 10:17PM

KUANTAN: Hanya kerana ingin meminjam RM5,000 (S$1,660), seorang lelaki kerugian RM72, 999 (S$24,280) selepas membuat 47 urus niaga pembayaran sejak Mei 2018 hingga 1 Mac 2019 bagi mendapatkan wang pinjaman itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa, 39 tahun, sebelum itu tertarik dengan tawaran pinjaman melalui laman sosial Facebook sebelum bertindak memberikan pelbagai maklumat yang diminta.

"Mangsa yang telah berhenti bekerja pada tahun lalu, kemudian dihubungi oleh seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Miss Kriss dari Syarikat EZ Enterprise Moneylender.

"Lelaki itu kemudian telah diminta membuat bayaran sebelum permohonan pinjaman itu diluluskan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad (3 Mac).

Menurut Superintenden Mohd Wazir, mangsa difahamkan meminjam wang daripada bekas majikan dan keluarganya untuk membuat pembayaran tersebut dan memasukkan wang secara berperingkat berjumlah RM72,999 (S$24,280) ke dalam 14 akaun yang diberikan.

Beliau berkata mangsa hanya mengesyaki ditipu apabila suspek masih meminta mangsa membuat bayaran tambahan dua hari lalu dan lelaki itu kemudian bertindak membuat aduan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada Sabtu (2 Mac).

Kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda dan sebat jika sabit kesalahan. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan