Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ingin ke Johor minggu ini? Jalan-jalan berikut ditutup sempena Chingay

Beberapa jalan utama di bandar raya Johor Bahru akan ditutup secara berperingkat untuk memberi laluan kepada Perarakan Chingay 2018 Khamis ini (8 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin ke Johor minggu ini? Jalan-jalan berikut ditutup sempena Chingay

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Mar 2018 08:07PM Dikemas Kini : 05 Mar 2018 08:09PM

JOHOR BAHRU: Beberapa jalan utama di bandar raya Johor Bahru akan ditutup secara berperingkat untuk memberi laluan kepada Perarakan Chingay 2018 Khamis ini (8 Mac).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Shahurinain Jais berkata pada malam kemuncak perarakan itu, jalan-jalan utama akan ditutup mengikut dua peringkat bermula pukul 3.30 hingga 5.00 petang iaitu persimpangan Jalan Gertak/Jalan Dato Menteri dan Jalan Ayer Molek. 

"Penutupan jalan pada peringkat kedua pula bermula pukul 5.00 petang hingga 3.00 pagi di jalan persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Chat/ Jalan Abu Bakar, Jalan Ayer Molek/Gertak Merah dan persimpangan lampu isyarat Jalan Dato Onn/ Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Meldrum, Jalan Siu Chin, Pusingan ‘U’ Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Station, Jalan Abu Bakar dan Susur Lingkaran Dalam/Jalan Abu Bakar,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPD) JBS hari ini (5 Mac).

Sebagai alternatif, pengguna jalan raya dari Singapura yang hendak masuk ke kawasan bandar dinasihatkan agar menggunakan laluan Jalan Skudai - Jalan Lingkaran Dalam - Jalan Skudai (Pantai Lido) ataupun laluan Kota Tinggi - Kuala Lumpur - Lebuhraya EDL.

Manakala pengguna yang menghala ke Hospital Sultanah Aminah disarankan melalui Jalan Skudai - Jalan Pantai Lido.

"Pengguna dari Jalan Datin Halimah boleh menggunakan Jalan Kolam Air – Jalan Thompson - Jalan Abu Bakar manakala pengguna dari Kota Tinggi melalui Lebuhraya EDL - susur Jalan Abu Bakar – Jalan Lingkaran Dalam," katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga sudah meletakkan kawalan di kawasan Jalan Lingkaran Dalam/Mahmoodiah bagi mengelakkan kejadian kemalangan basikal lajak yang mengorbankan lapan nyawa daripada berulang kembali. 

Sambutan perayaan itu yang akan bermula esok (6 Mac) hingga Jumaat (9 Mac) dianggarkan menarik seramai 600,000 orang pengunjung ke negeri ini dengan penyertaan 100,000 orang dalam perarakan itu.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan