Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ingin bantu haiwan, mangsa kebakaran hutan di Australia? Ini caranya

Kebakaran hutan yang berlarutan di Australia memusnahkan hutan rimba seluas 60,000 kilometer persegi, atau kira-kira 83 kali ganda saiz Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin bantu haiwan, mangsa kebakaran hutan di Australia? Ini caranya
Diterbitkan : 14 Jan 2020 07:29AM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 07:41AM

SINGAPURA: Kebakaran hutan yang berlarutan di Australia memusnahkan hutan rimba seluas 60,000 kilometer persegi, atau kira-kira 83 kali ganda saiz Singapura, di samping meragut nyawa 25 mangsa, memaksa 67,000 penduduk berpindah dan memusnahkan beribu-ribu rumah dan menyebabkan kematian kira-kira 480 juta ekor haiwan.

Semestinya setelah menonton rakaman video dan melihat gambar-gambar kesan bencana itu di media sosial, anda pasti memimikirkan bagaimana anda boleh menyingsing lengan bagi membantu para mangsa kebakaran dan hidupan liar yang cedera serta usaha-usaha menyelamat dari jauh seperti di Singapura.

Berikut adalah cara-cara untuk anda menghulurkan bantuan.

Gimnasium F45 pada 11 Jan: Cawangan-cawangan gimnasium F45 terpilih di Singapura - termasuk di Amoy Street, Tanjong Pagar dan Siglap - menderma $10 bagi setiap 500 meter yang dikayuh menggunakan mesin dayung pada sesi-sesi Sabtu lalu (11 Jan). Francais gimnasium asal Australia itu menyumbang derma kepada Dana Bantuan Bencana Palang Merah Australia.

Bendungan Marina pada 19 Jan: Syarikat kecergasan jasmani tempatan Momentum Bootcamps akan menganjurkan larian amal pada Ahad (19 Jan) untuk mengumpul dana. Acara The Relief Run menawarkan dua pilihan: jarak larian atau jalan kaki sejauh 21.1 kilometer (secara perseorangan atau berkumpulan) atau sejauh 5 kilometer. Yuran pendaftaran adalah sebanyak S$50 dan 100 peratus yuran yang dikumpul akan disalurkan kepada Dana Bantuan Bencana Palang Merah Australia. The Relief Run akan diadakan pada 19 Jan, 7.00 pagi di Bendungan Marina. Maklumat lanjut di lelaman web ini. https://www.facebook.com/MomentumBootcampsSG

Persatuan Palang Merah Singapura: SRC mengikrarkan bantuan bernilai S$50,000 dan akan terus mengumpul dana bagi Respons Kecemasan Kebakaran Belukar Persatuan Palang Merah Australia untuk menyediakan bantuan kemanusiaan. Maklumat lanjut di lelaman web ini. https://redcross.give.asia/campaign/australian-bushfire-emergency-response

Jabatan Bomba Luar Bandar New South Wales: Salah satu daripada antara jabatan bomba relawan yang terbesar di dunia sedang mengerahkan 2,500 anggota bomba untuk melawan kebakaran. Maklumat lanjut di lelaman web ini. https://www.rfs.nsw.gov.au/volunteer/support-your-local-brigade

Hospital Koala di Port Macquarie, New South Wales: "Membantu" seekor koala melalui sumbangan dana kecil yang bertujuan untuk menjaga kebajikan haiwan-haiwan yang terjejas oleh kebakaran besar-besaran itu. Anda akan menerima sijil dan cenderamata khas mengenai koala. Maklumat lanjut di lelaman web ini. https://www.koalahospital.org.au/

Taman Hidupan Liar Pulau Kanggaru:
Kangaroo Island merupakan habitat hidupan liar Australia yang jarang ditemui dan hampir pupus. Namun kebakaran hutan telah memusnahkan sepertiga daripada haiwan-haiwan di pulau itu. Dana yang didermakan akan digunakan untuk membiayai kos rawatan perubatan, kos membina kandang-kandang kediaman dan pemulihan serta makanan tambahan.

Pertubuhan WIRES menyelamatkan dan memulihkan haiwan-haiwan liar yang menjadi mangsa, termasuk koala dan keluang, kedua-duanya spesies hampir pupus. Maklumat lanjut di lelaman web ini. 

Sumber : Today/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan