Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ingatkan bercuti, rupa-rupanya seludup dadah!

Sekilas pandang, catatan-catatan media sosial dua wanita dari Kanada ini seperti hanya merakam percutian mereka yang mewah, tetapi sebaliknya, polis mendapati bahawa kedua-duanya menyembunyikan kegiatan menyeludup ganja di sebalik tabir.

Anggaran Waktu Membaca:
Ingatkan bercuti, rupa-rupanya seludup dadah!

Gambar: Melina Roberge/Instagram

Diterbitkan : 25 Apr 2018 09:26AM Dikemas Kini : 25 Apr 2018 09:31AM

CNN: Sekilas pandang, catatan-catatan media sosial dua wanita dari Kanada ini seperti hanya merakam percutian mereka yang mewah, tetapi sebaliknya, polis mendapati bahawa kedua-duanya menyembunyikan kegiatan menyeludup ganja di sebalik tabir.

Salah seorang daripada dua wanita yang berpura-pura merakamkan percutian mereka di kapal pelayaran pesiaran ke Australia di Instagram itu baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya empat setengah tahun, menurut laporan CNN.

Melina Roberge, bersama dua rakan subahatnya, memulakan percutian di kapal pesiaran mengelilingi dunia yang membawa mereka ke beberapa lokasi eksotik, sebelum ganja seberat 95kg itu ditemui di dalam kapal pesiaran apabila ia berlabuh di Sydney.

Roberge tidak dapat menahan kesedihannya di dalam bilik mahkamah, menurut siaran Channel 7 CNN Australia.

“Saya sepatutnya berada di sana seperti saya sedang bercuti dan berpura-pura seakan-akan saya sama seperti mereka yang bercuti di kapal itu juga,” ujar warga Kanada berusia 24 tahun itu sewaktu hukumannya didengarkan.

“Saya meminta maaf banyak-banyak, saya sepatutnya memikirkan padahnya dan bukan keuntungan yang akan saya dapat,” kata Roberge lagi.

Pendakwa raya Tom Muir memberitahu mahkamah bahawa Roberge tahu tentang peranannya dalam jenayah itu dan menggunakannya untuk membiayai gaya hidup mewahnya.

“Dia tidak melakukan jenayah itu kerana berhutang,” kara Encik Muir. “Dia melakukannya untuk menikmati gaya hidupnya”.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Roberge menulis surat kepada Mahkamah, untuk menerangkan bahawa dia memulakan percutian itu untuk “mengambil gambar-gambar saya di lokasi-lokasi eksotik bagi mendapatkan suka dan perhatian tetapi sebaliknya melukakan ramai orang dalam proses tersebut,” lapor Channel 7.

Para pegawai Angkatan Sempadan Australia menaiki kapal itu apabila ia berlabuh di Pelabuhan Sydney pada 2016.

Pihak berkuasa kemudian menggunakan anjing-anjing yang dilatih untuk menghidu beberapa kabin penumpang di dalam kapal tersebut. Sekitar 95 kilogram ganja ditemui dalam bagasi, menurut pihak berkuasa.

Lokasi di mana wanita-wanita itu menaiki kapal tersebut belum lagi dipastikan, namun gambar-gambar terbaru dimuat naik di Tahiti, tiga hari sebelum bahan-bahan terlarang itu ditemui.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan