Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia usir kapal peronda China; ceroboh Zon Ekonomi Eksklusif dekat Natuna

Pertikaian di Laut China Selatan sekali lagi membara, kali ini melibatkan China dan Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia usir kapal peronda China; ceroboh Zon Ekonomi Eksklusif dekat Natuna
Diterbitkan : 15 Sep 2020 06:06PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 06:09PM

BEIJING: Pertikaian di Laut China Selatan sekali lagi membara, kali ini melibatkan China dan Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia mendakwa sudah mengusir sebuah kapal peronda China yang memasuki Zon Ekonomi Eksklusif negaranya.

Kejadian itu berlaku di bahagian utara kepulauan Natuna yang tidak diiktiraf China sebagai sebahagian wilayah Indonesia.

Jakarta membantah pencerobohan Beijing itu dan menuntut penjelasan dari China.

Kapal peronda China itu bagaimanapun meninggalkan kawasan yang dipertikaikan itu, sambil menegaskan kapal tersebut sedang meronda di wilayahnya.

Selain Indonesia dan China, Laut China Selatan turut dituntut Vietnam, Filipina, Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan