Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia terima vaksin COVID-19 pertama dari syarikat China Sinovac

Indonesia menerima pengiriman pertama vaksin virus korona dari China pada Ahad (6 Dis), kata Presiden Joko Widodo, sedang pemerintah melakukan persiapan bagi program pemvaksinan besar-besaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia terima vaksin COVID-19 pertama dari syarikat China Sinovac

Calon vaksin bagi virus SARS-CoV-2 dikembangkan Sinovac Biotech di Beijing, China. (Gambar: REUTERS/Thomas Peter)

Diterbitkan : 07 Dec 2020 08:03AM Dikemas Kini : 07 Dec 2020 08:06AM

JAKARTA: Indonesia menerima pengiriman pertama vaksin virus korona dari China pada Ahad (6 Dis), kata Presiden Joko Widodo, sedang pemerintah melakukan persiapan bagi program pemvaksinan besar-besaran.

Encik Jokowi dalam satu taklimat online berkata bahawa negara itu menerima 1.2 juta dos dari Sinovac Biotech, vaksin dari China yang diuji Indonesia sejak Ogos.

Beliau menambah bahawa pemerintah merancang untuk mendapatkan lagi 1.8 juta dos pada awal Januari.

Uji cuba tahap akhir vaksin Sinovac juga sedang dilakukan di Brazil dan Turki, dengan hasil awal keberkesanannya dari Brazil dijangka pada pertengahan Disember.

Indonesia juga dijangka menerima pengiriman bahan mentah untuk menghasilkan 15 juta dos dan bahan bagi 30 juta dos bulan depan, kata presiden itu.

Vaksin tersebut masih perlu dinilai oleh agensi makanan dan ubat-ubatan negara (BPOM) itu sementara pentadbiran beliau terus bersiap sedia untuk mengedarkan vaksin di seluruh negara yang didiami 270 juta penduduk itu, kata Encik Jokowi.

"Kami melakukan persiapan selama berbulan-bulan melalui simulasi di beberapa wilayah dan saya yakin bahawa sebaik sahaja diputuskan bahawa kami boleh memulakan pemvaksinan, semuanya akan siap," katanya.

Jumlah jangkitan harian COVID-19 Indonesia melonjak sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan jumlah kes yang disahkan mencecah 575,796 pada Ahad dengan 17,740 kematian, iaitu tertinggi di Asia Tenggara.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan